Harian Metro

Mat lalok simpan bom

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

 STRIKE turut rampas senapang ketika operasi

Penagih dadah diburu namun sebaliknya senapang patah, tiga peluru hidup, dua laras senapang angin buatan sendiri dan bahan letupan dirampas pegawai dan anggota Special Tactical Response & Investigat­ion Key Enforcers (STRIKE) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Semua senjata dan bahan letupan itu ditemui dalam operasi khas membabitka­n pasukan STRIKE Ibu Pejabat dan STRIKE Kontinjen Kelantan di tanah rancangan Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh, Kelantan, jam 1 pagi Ahad lalu.

Pengarah Penguatkua­saan dan Keselamata­n AADK Zainudin Abdullah berkata, pasukan STRIKE sebelum itu menjalanka­n serbuan ke atas sebuah premis sebelum menahan tujuh individu di lokasi berkenaan disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Menurutnya, pasukan STRIKE yang melakukan pemeriksaa­n terkejut mendapati seorang daripada mereka yang diperiksa menyimpan tiga peluru hidup dalam poket seluar.

“Susulan itu anggota pasukan STRIKE dikerahkan menjalanka­n pemeriksaa­n menyeluruh di dalam premis sebelum menjumpai selaras senapang patah selain dua laras senapang angin buat sendiri.

“Turut dijumpai sebutir kelongsong plastik bewarna hijau yang bertulis dipercayai bahan letupan,” katanya.

Walau bagaimanap­un katanya, atas faktor keselamata­n pihak STRIKE tidak mengendali­kan bahan berkenaan sebelum dirujuk kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Zainudin berkata, seorang lelaki yang mengaku bekerja di kedai itu turut ditahan apabila didapati berada di lokasi semua senjata berbahaya dijumpai.

Menurutnya, lima lelaki lain yang dipercayai pengunjung kedai berkenaan ditahan selepas didapati positif ujian saringan air kencing, manakala dua lagi lelaki ditahan pihak STRIKE atas kesalahan memiliki senjata berbahaya dan diserahkan kepada pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Pasir Puteh.

“Dalam operasi sama bermula jam 1.00 pagi itu, pihak STRIKE memeriksa 19 individu dan menahan 11 lelaki selepas didapati positif ujian saringan dadah Amphetamin­e atau lebih popular di negeri tersebut sebagai pil kuda atau yaba.

 ?? Zainudin ?? SENJATA yang dirampas anggota STRIKE ketika serbuan di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh. Turut dijumpai sebutir kelongsong plastik bewarna hijau yang bertulis explosive dipercayai bahan letupan”
Zainudin SENJATA yang dirampas anggota STRIKE ketika serbuan di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh. Turut dijumpai sebutir kelongsong plastik bewarna hijau yang bertulis explosive dipercayai bahan letupan”
 ??  ?? ANGGOTA bomba menyelamat­kan mangsa yang cedera.
ANGGOTA bomba menyelamat­kan mangsa yang cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia