Harian Metro

Amy restu minat anak

- Sudirman Mohd Tahir cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura, 47, tidak pernah menyekat minat dua anaknya, Adriana, 17, dan Adalia, 14, terbabit dalam bidang seni.

Amy berkata, mereka sangat meminati bidang seni di mana Adriana minat menyanyi dan Adalia pula lebih kepada tarian dan muzik.

“Buat masa ini saya memang tiada apa-apa perancanga­n buat mereka. Tengoklah minat mereka terdorong ke arah mana dan saya hanya memberikan sokongan,” katanya kepada Harian Metro.

Amy yang popular menerusi lagu Sha Na Na berkata, sebagai ibu moden, dia mengikut peredaran masa dan sentiasa bersikap terbuka dengan anaknya.

“Kadang-kadang rezeki datang tanpa diduga dan jika ada rezeki, apa salahnya diteruskan. Jika tiada, anggaplah hanya sebagai hobi sementara menanti peluang lebih baik.

“Anak-anak saya bukan terlalu terdedah kepada peminat dan kalau dikenali pun hanya dalam kalangan kawan-kawan.

“Setakat ini mereka hanya banyak buat persembaha­n di sekolah dan itu sudah memadai sebagai pendedahan,” katanya.

Menurut Amy, dia tidak pernah menggunaka­n namanya bagi mempengaru­hi mana-mana pihak supaya mengambil anaknya menyanyi ataupun berlakon.

“Buat masa ini anak saya belum berpeluang menampilka­n bakat mereka di luar. Saya sendiri pun tak ketengahka­n mereka sangat tapi tak juga menghalang jika ada peluang.

“Secara jujur saya tak pernah melobi anak kepada mana-mana pihak kerana berasa malu nak berbuat demikian. Mungkin orang lain boleh buat begitu tapi lain orang lain caranya. Saya cuma tampilkan mereka dalam projek yang membabitka­n saya. Contohnya Adalia pernah berlakon dalam drama yang turut dibintangi saya,” katanya.

Bukan saja tidak mendapat tawaran berlakon, malah rakan turut meninggalk­annya.

Inilah yang dialami pelakon berkaliber,

Sofi Jikan, 48, selepas terpalit dengan isu penyalahgu­naan dadah sebelum ini.

Sofi berkata, ada juga beberapa tawaran yang dibuat lebih awal ditarik balik disebabkan kes berkenaan.

“Ada beberapa projek yang dipersetuj­ui sebelum ini mengarahka­n saya untuk menulis surat dengan alasan menarik diri. Saya juga tidak boleh terbabit dalam sebarang program TV. Saya tidak pasti sama ada nama disenarai hitam kerana tidak ada hitam putih. Saya pula malas nak bertanya perangai. Tapi dengannya sangat senang bersama disebabkan kami saling memahami selain perangai pun lebih kurang gila-gila,” katanya.

Dilabel antara pasangan selebriti paling manis sekarang, Zara mengakui dia mahu hubungan mereka jadi indah. Malah, dia sanggup melakukan sesuatu untuk diingati bersama termasukla­h menyarung maskot beruang, baru-baru ini.

Menurutnya, dia berusaha mencari idea menerusi Internet untuk melakukan kejutan ulang tahun buat Hafreez.

“Saya melakukan carian di Internet untuk kejutan paling manis buatnya.

Saya cuma mahu tinggalkan kenangan indah untuknya,” katanya.

 ?? Zara Zya ?? Dia mungkin muda daripada saya, tetapi setakat ini kami memang sangat selesa bersama. Hafreez adalah lelaki yang membuatkan saya rasa selamat dan yakin”
HAFREEZ
Zara Zya Dia mungkin muda daripada saya, tetapi setakat ini kami memang sangat selesa bersama. Hafreez adalah lelaki yang membuatkan saya rasa selamat dan yakin” HAFREEZ
 ??  ?? AMY Mastura
AMY Mastura

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia