Harian Metro

AYAM TUA PUN LAKU 1,475 PATI masuk jerat Op Mega

- Mohd Azam Shah Yaacob am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiada istilah ‘beri muka’ berikutan seramai 1,475 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sejak Op Mega

3.0 diadakan bermula 1 Julai lalu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya sudah menjalanka­n 595 operasi bagi mengesan PATI di seluruh negara setakat ini.

“Turut ditahan 28 majikan yang dikesan menggaji warga asing tanpa dokumen sah.

“Sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 7 Julai lalu, JIM sudah mengadakan sebanyak 7,477 Operasi Penguatkua­saan di seluruh negara,” katanya.

Katanya, seramai 91,650 warga asing diperiksa dan hasilnya seramai 22,126 PATI dari pelbagai negara ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen. Selain itu 585 majikan turut ditahan sepanjang tempoh sama.

“Daripada jumlah keseluruha­n PATI yang ditahan, tangkapan tertinggi adalah warga Indonesia seramai 7,327 individu diikuti warga Bangladesh 4,483, Filipina 2,237, Myanmar seramai 2,188 dan bakinya adalah dari negara-negara lain.

“Hukuman berat terhadap majikan akan menanti mereka berdasarka­n undang-undang, jika didapati bersalah, termasuk hukuman sebat dan akaun atau aset mereka disita,” katanya.

Beliau berkata, seramai 43 PATI ditahan dalam Ops Mega 3.0 dijalankan pihaknya di sebuah premis di Jalan Munshi Abdullah di sini,

Isnin lalu.

Dalam operasi jam 8 malam itu, seramai 132 warga asing yang juga pekerja di premis berkenaan diperiksa.

“Susulan pemeriksaa­n itu, 36 warga Bangladesh dan tujuh warga Indonesia ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi penguatkua­saan ini akan dijalankan secara berterusan tanpa henti dalam memutuskan rantaian kesalahan, termasuk bersama agensi penguatkua­saan yang lain,” katanya.

Mustafar berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada majikan yang masih berdegil menggaji atau melindungi PATI.

“Semua PATI yang ditahan disiasat mengikutPe­raturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Selain itu, majikan turut dikeluarka­n Borang 29 iaitu borang saman kepada saksi,”

katanya.

Kuala Lumpur

Masih ada pelanggan yang ‘selera’ biarpun kumpulan pelacur ditawarkan agak tua, bertubuh gemuk selain berbau hamis berikutan keadaan rumah pelacuran yang kotor.

Itu situasi jijik dapat dilihat ketika sepasukan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sarang pelacuran ‘rumah merah’ di Jalan Petaling di sini, jam 5 petang semalam.

Melalui operasi Op Gegar itu seramai 25 wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks di kawasan itu berjaya diberkas.

Kebanyakan pelacur terbabit berasal dari Bangladesh, Indonesia dan Sri Lanka didapati hanya mengenakan caj bayaran semurah RM30 kepada pelanggan.

Dalam operasi itu, JIM turut menahan 12 lelaki membabitka­n tujuh warga asing, empat lelaki tempatan dan seorang lelaki bertatus penduduk tetap (PR), bekerja sebagai ‘bapa ayam’ serta penjaga premis di situ.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, serbuan dilakukan Unit Operasi Khas (QRT), Bahagian Risikan, Operasi Khas dan Analisa JIM Putrajaya membabitka­n lima premis di Jalan Petaling.

Katanya, tangkapan pelacur berkenaan membabitka­n 18 warga Indonesia, Bangladesh (4 orang), Sri Lanka (1 orang) dan dua lagi menggunaka­n kad pengenalan pemastauti­n sementara.

“Di premis pertama, JIM menahan dua wanita Indonesia, dua wanita pemegang kad pengenalan pemastauti­n sementara, dua lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga premis serta seorang lelaki Myanmar yang sedang mendapatka­n khidmat pelacuran.

“Manakala di premis kedua pula, JIM menahan sembilan wanita Indonesia selain dua lelaki warganegar­a Myanmar, dua lelaki Bangladesh dan dua lelaki Myanmar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 Pelacur warga asing lanjut usia, gemuk, hamis kenakan caj RM30 kepada pelanggan

Mustafar berkata, di premis ketiga, JIM menahan dua wanita Bangladesh, seorang wanita Indonesia dan seorang wanita warganegar­a Sri Lanka.

Katanya, serbuan di premis keempat pula, JIM menahan empat wanita Indonesia, seorang wanita Bangladesh dan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis.

“Di premis terakhir yang diserbu, JIM menahan dua wanita Indonesia, seorang wanita Bangladesh, seorang lelaki tempatan disyaki bekerja sebagai bapa ayam serta dua pelanggan iaitu seorang lelaki Bangladesh dan seorang lelaki bertatus penduduk tetap (PR).

“Kesemua mereka ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai pas atau permit yang sah,” katanya.

Menurut Mustafar, ketika serbuan dijalankan, beberapa bapa ayam cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda bersama kumpulan pelacur dijaga.

“Mereka turut bertindak nekad cuba melanggar pegawai dan anggota QRT yang terbabit dalam operasi itu.

“Bagaimanap­un pegawai dan anggota bernasib baik kerana sudah menduga tindakan berkenaan dan berjaya menahan mereka,” katanya.

 ?? Mustafar ?? TANGKAPAN 43 warga asing di sebuah gedung beli-belah di Jalan Munshi Abdullah. Tindakan tegas akan dikenakan kepada majikan menggaji PATI
Mustafar TANGKAPAN 43 warga asing di sebuah gedung beli-belah di Jalan Munshi Abdullah. Tindakan tegas akan dikenakan kepada majikan menggaji PATI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia