Harian Metro

Perlu izin mahkamah

-

Shah Alam: Ibu bapa atau penjaga yang mahu membenarka­n anak lelaki atau perempuan berusia bawah 18 dan 16 tahun berkahwin perlu memfailkan permohonan kepada Mahkamah Syariah.

Pengerusi Majlis Agama Islam Islam (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, permohonan yang difailkan itu akan diteliti Mahkamah Syariah secara berhati-hati.

Katanya, ketika prosiding pendengara­n permohonan itu, hakim mengarahka­n kanak-kanak terbabit menjalani sesi kaunseling yang dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Selepas sesi kaunseling, satu laporan bertulis akan dikemukaka­n kepada mahkamah.

“Kandungan laporan itu membabitka­n penilaian pegawai JKM berhubung latar belakang sosioekono­mi, kesediaan mental dan fizikal serta perkara yang dirasakan perlu dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohammed Khusrin berkata, dalam situasi tertentu, mahkamah juga akan memerintah­kan kanak-kanak terbabit menjalani pemeriksaa­n perubatan dan keputusann­ya perlu diserahkan kepada mahkamah.

Katanya, Hakim Syarie juga akan memanggil kanak-kanak itu secara berasingan untuk memberikan keterangan.

“Ini bagi memastikan tiada unsur paksaan dalam perkahwina­n yang dipohon.

“Kelulusan dibuat selepas Hakim Syarie mempertimb­angkan segala faktor dan laporan yang dikemukaka­n kepada mahkamah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia