Harian Metro

Gumpalan awan ‘ombak besar’

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

 Formasi awan luar biasa di beberapa daerah di pantai barat Sabah gemparkan penduduk

Formasi awan luar biasa kelihatan seperti ‘ombak besar’ dan ‘puting beliung’ di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pagi semalam, menggempar­kan penduduk.

Keadaan gumpalan awan berkenaan disedari antara jam 7 hingga 7.30 pagi iaitu ketika cuaca mendung sebelum disusuli hujan lebat.

Penduduk setempat, Jamal Djupri, 37, berkata, dia melihat awan berkenaan sewaktu berada di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort ketika mahu memulakan sesi pembelajar­an Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bersama 25 pelajar sekitar jam 7.10 pagi.

“Fenomena ini bukanlah kali pertama dilihat, malah keadaan sama pernah berlaku pada tahun lalu dan 2016. Cuaca ketika itu mendung dan sedikit berangin.

“Bagaimanap­un, selepas berlaku gumpalan ini kira-kira lima minit, hujan turun dengan lebat seperti tadi,” katanya kepada NSTP.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Pengarah Jabatan Meteorolog­i Sabah, Azmi Daud berkata, bentuk awan kelihatan seperti ombak, pagi semalam dikenali sebagai Garis Badai Borneo atau kumpulan ribut petir dan tidak membahayak­an.

Katanya, keadaan itu terbentuk di perairan dan pesisiran pantai sekitar barat Sabah pada awal pagi akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabka­n awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

“Ia boleh berlaku akibat tiupan angin barat daya sewaktu ke daratan menjelang pagi.

“Kita menjangkak­an cuaca akan kembali normal menjelang petang,” katanya.

 ??  ?? FENOMENA Garis Badai Borneo dapat dilihat sekitar pekan Beaufort.
FENOMENA Garis Badai Borneo dapat dilihat sekitar pekan Beaufort.
 ??  ?? FENOMENA Garis Badai Borneo dapat dilihat dari padang SMK Beaufort.
FENOMENA Garis Badai Borneo dapat dilihat dari padang SMK Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia