Harian Metro

Tunggu lampu hijau Macau

- Safeek Affendy Razali news@nstp.com.my

 PDRM hantar surat permohonan buru Jho Low

“Sebaik polis tiba di Hong Kong untuk menahannya (ahli perniagaan kontrovers­i Jho Taek Low), dia dipercayai sudah melarikan diri ke Macau dengan menaiki feri,” ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini hanya menunggu ‘lampu hijau’ dari pihak berkuasa Macau sebelum bertindak memberkas Jho Taek Low, yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pada masa ini, PDRM sudah menghantar permohonan kepada tujuh negara dalam mendapatka­n kerjasama bagi memburu Jho Low untuk dibawa pulang ke negara ini.

Fuzi berkata, sebarang tindakan ke atas Jho Low di negara terbabit hanya akan dapat dilakukan selepas PDRM memperoleh maklum balas atau kerjasama dari pihak berkuasa.

“Kami (PDRM) sebelum ini sudah menghantar permohonan untuk mendapatka­n maklumat dalam usaha menahan Jho Low kepada tujuh negara termasuk China selain notis merah melalui Polis Antarabang­sa (Interpol).

“Daripada semua permohonan berkenaan hanya pihak berkuasa Hong Kong yang memberikan kerjasama dengan memberikan butiran semasa Jho Low berada di Hong Kong minggu lalu,” katanya dalam sidang media semalam.

Beliau berkata pegawai PDRM tiba di Hong Kong untuk menahan Jho Low namun dia dipercayai sudah melarikan diri ke Macau.

“Sehubungan itu, sebarang tindakan bakal diambil selepas kita menerima kebenaran dan maklumat untuk bertindak memberkasn­ya di Macau.

“Malah, pihak Interpol di negara berkenaan juga boleh memberkas Jho Low dan menyerahka­nnya kepada PDRM sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang lokasi kedudukan Jho Low pada masa ini,” katanya.

 ??  ?? JHO Low
JHO Low

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia