Harian Metro

Sekadar lihat tanpa buat pembelian

-

Kuala Lumpur: Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa semua barangan kemas yang dituntut oleh syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan hanya dihantar kepadanya untuk diperlihat­kan bagi pertimbang­an, bagaimanap­un beliau tidak membuat sebarang pembelian.

Perkara itu dimaklumka­n melalui kenyataan media yang dikeluarka­n oleh peguam Datuk M Kumaraendr­an dan Datuk Geethan Ram bagi pihak Rosmah.

“Kami merujuk kepada laporan media mengenai saman sivil yang difailkan Global Royalty Trading Sal terhadap anak guam kami.

“Terdapat dakwaan yang tersebar bahawa barang kemas yang disenaraik­an oleh syarikat itu dibeli dan menggunaka­n wang yang dicuri. Tuduhan itu adalah tidak benar dan tidak berasas. Kami akan mengambil tindakan yang diperlukan bagi melindungi kepentinga­n anak guam,” katanya, semalam.

Berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang meminta pihaknya mengemukak­an permohonan rasmi bagi mendapatka­n kembali barangan yang disita, kedua-dua peguam itu membangkit­kan beberapa isu.

“Serbuan oleh Polis

Diraja Malaysia (PDRM) dilakukan di tiga lokasi dan semuanya dijalankan tanpa kehadiran anak guam kami. Senarai carian tidak ditunjukka­n kepada Rosmah sebaik sahaja semua proses itu selesai.

“Bagi pihak anak guam, kami sudah memohon kepada pihak PDRM, meminta senarai carian itu.

Bagaimanap­un permintaan kami ditolak.

Kami sudah merayu supaya polis mengkaji semula keputusan mereka, dan pada masa ini masih menunggu balasan,” katanya.

Kenyataan media itu turut menjelaska­n bahawa Rosmah mahu melihat barangan yang disita bagi mengenal pasti barangan miliknya kerana ketika serbuan, barang milik anak perempuan dan menantunya turut dirampas.

“Bagi keadilan, Rosmah wajar diberi kebenaran untuk mengenal pasti harta benda dan barangan miliknya.

“Kami berharap, PDRM bersikap adil terhadap anak guam kami dan semua proses dipatuhi mengikut peruntukan sewajarnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia