Harian Metro

Teliti semua elemen isu Zakir Naik

-

Putrajaya: Kerajaan akan mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat sebarang keputusan mengenai isu penceramah bebas, Dr Zakir Naik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak akan bersetuju dengan mudah terhadap sebarang desakan sebelum meneliti lebih lanjut berkaitan isu Zakir.

“Kita tidak akan mudah dipengaruh­i desakan pihak lain, kita perlu melihat semua elemen sebelum memberi maklum balas terhadap desakan dibuat.

“Jika tidak, seseorang akan menjadi mangsa,” katanya pada sidang media selepas program sehari Taklimat Governans, Integriti dan AntiRasuah di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, semalam.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiada tindakan akan dilakukan untuk menghantar Zakir pulang ke India.

“Di pihak PDRM, kita tidak ada apa-apa tindakan untuk hantar dia balik ke India dalam masa terdekat, kecuali ada agensi lain, saya tidak pasti, tetapi setakat saya tahu, tiada tindakan menghantar dia pulang ke India dalam tempoh ini,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan Zakir akan diekstradi­si ke India, namun pihak peguam yang mewakili penceramah itu menafikan perkara berkenaan.

Zakir meninggalk­an India sejak 2016 selepas beliau didakwa kononnya terbabit dengan kegiatan mempromosi aktiviti keganasan di negara itu.

 ??  ?? DR Zakir
DR Zakir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia