Harian Metro

Rais terima apa saja keputusan

-

Nilai: Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim menyerahka­n kepada kerajaan berhubung pemilihan calon Speaker Dewan Rakyat.

“Saya tidak dapat jawab mengenai isu calon kerana semuanya terserah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Namun mungkin di sebalik beberapa pandangan yang wujud sehari dua ini, ada pula ‘kuda hitam’ yang lain kita pun tidak tahu,” katanya ditemui selepas Syarahan Pembudayaa­n di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Dr Rais berkata, jika ditakdirka­n menjadi Speaker Dewan Negara yang baharu, beliau terima arahan itu dengan hati terbuka.

“Saya menurut perintah saja jika kerajaan minta berkhidmat di situ, tetapi jika ‘kuda hitam’ lain yang menang saya tidak berkecil hati dan beri laluan kepada individu terbabit,” katanya. yang layak.

“Justeru, biar PKR negeri bertemu dan berbincang. Kami tidak bersikap berat sebelah terhadap gender. Kami akan memilih calon yang diterima rakyat, jujur dan berjiwa rakyat,” katanya.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata demikian pada Majlis Silaturahi­m Eidul Fitr MBI Selangor 2018 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini, semalam.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis kosong selepas kematian wakil rakyat tiga penggal, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu selepas menderita kanser limfoma.

Bekas menteri yang juga wakil daripada Parti Pribumi Malaysia Bersatu (PPBM) itu antara calon yang disebut sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Sementara itu apabila diminta mengulas mengenai pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) Dr Rais berkata, perkara itu memerlukan penelitian yang lebih mendalam terlebih dulu.

Katanya, selain perlu diputuskan oleh Kabinet, perkara itu juga perlu mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk warga pendidik serta masyarakat.

“Kita perlu mengambil kira pandangan mengenai perkara ini daripada pelbagai sudut seperti matlamat pengiktira­fan atau bagaimana kedudukan bahasa Melayu dan sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

“Sebab itu perkara ini perlu diperhalus­i implikasin­ya kerana ini adalah Malaysia dan bukan Taiwan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, beliau yakin Pakatan Harapan (PH) dan PKR akan berjaya mengekalka­n kemenangan di Sungai Kandis berdasarka­n kepada pencapaian dan rekod yang ditinggalk­an Mat Shuhaimi.

Beliau berkata, satu pasukan sudah digerakkan ke kawasan untuk memastikan mesyuarat dan program dengan rakyat diteruskan selepas kematian Mat Shuhaimi.

Ditanya nama yang dikenal pasti itu (sama ada Yaakob Sapari, Mohd Radzlan Jalaluddin atau Mikael Eskandar) Mohamed Azmin berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

 ??  ?? MOHAMED Azmin ditemu bual di kediaman Menteri Besar Selangor.
MOHAMED Azmin ditemu bual di kediaman Menteri Besar Selangor.
 ??  ?? RAIS (tengah) beramah mesra bersama pelajar dan pengajar yang hadir pada program Syarahan Pembudayaa­n di USIM.
RAIS (tengah) beramah mesra bersama pelajar dan pengajar yang hadir pada program Syarahan Pembudayaa­n di USIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia