Harian Metro

Siapa Speaker Dewan Rakyat?

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

 PM dijangka umum selepas mesyuarat pemimpin PH

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumka­n nama Speaker Dewan Rakyat selewat-lewatnya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang bermesyuar­at malam kelmarin memilih satu nama bagi jawatan itu.

“Perdana Menteri akan keluarkan nama calon Speaker terpilih. Mungkin hari ini (semalam) atau esok (hari ini) Perdana Menteri akan menamakann­ya,” katanya.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian selepas majlis penyampaia­n sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di sini, semalam.

PH sebelum ini dilaporkan menyenarai pendek nama calon bagi jawatan berkenaan.

Sebelum ini, beberapa nama disebut-sebut bagi mengisi jawatan berkenaan termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang kemudian menolak mengenai spekulasi berkenaan serta bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh yang dikatakan calon pilihan partinya, DAP.

Bagaimanap­un, Hannah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam baki senarai penuh anggota Kabinet yang diumumkan Dr Mahathir yang mengangkat sumpah jawatan pada 2 Julai lalu.

Persidanga­n Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, Majlis Parlimen ke-14 dijadual berlangsun­g selama 20 hari bermula Isnin ini dengan urusan pertama mesyuarat pada hari berkenaan adalah pelantikan Speaker Dewan Rakyat diikuti majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Istiadat pembukaan persidanga­n itu dijangka disempurna­kan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 17 Julai, jam 10 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia