Harian Metro

Pernah gaduh rebut gelanggang futsal

-

Kuala Lumpur: Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, semalam yang dia pernah mendapat maklumat ada berlaku pergaduhan kecil antara pelajar pusat tahfiz itu dengan beberapa individu luar berhubung perebutan gelanggang futsal.

Mohd Zahid Mahmood, 48, berkata, maklumat itu disampaika­n oleh ustaz yang mengiringi pelajar ketika melakukan aktiviti riadah di luar kawasan asrama. Bagaimanap­un perkara itu berjaya diselesaik­an apabila ustaz terbabit mengarahka­n pelajar-pelajar bermain di padang bola berhampira­n.

“Saya tak ingat ustaz mana yang beritahu, tapi dia cakap berlaku sedikit pergaduhan sebab bila kita pergi main di gelanggang futsal, ada orang di kawasan itu cakap tempat itu mereka punya.

“Budak-budak itu pula cakap, mereka yang sampai dulu. Sebab tak nak berbalah kami main di padang bola berhampira­n,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah pada perbicaraa­n kes dua remaja lelaki yang didakwa bersama-sama membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan.

Kedua-dua remaja itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara jam 4.15 pagi dan

6.45 pagi, 14 September tahun lalu.

Kedua-duanya yang kini berusia 17 tahun dan diwakili peguam Haijan Omar masing-masing didakwa atas 23 pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan­kan oleh Yang di-Pertuan Agong.

 ??  ?? Saya tak ingat ustaz mana yang beritahu, tapi dia cakap berlaku sedikit pergaduhan bila kita pergi main di gelanggang futsal, ada orang di kawasan itu cakap tempat itu mereka punya”
Saya tak ingat ustaz mana yang beritahu, tapi dia cakap berlaku sedikit pergaduhan bila kita pergi main di gelanggang futsal, ada orang di kawasan itu cakap tempat itu mereka punya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia