Harian Metro

Pengotor sungguh!

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Penduduk dalam kalangan warga asing di Jalan Chow Kit dan Bukit Bintang, di sini, dikenal pasti sebagai warga kota paling tidak mengamalka­n sivik serta menjaga kebersihan.

Golongan itu didakwa kerap membuang sampah di merata tempat dan sesuka hati, sekali gus memberikan gambaran negatif terutama kepada pelancong asing.

Kebanjiran warga asing di kedua-dua kawasan itu dikatakan menjadi punca utama kepada masalah kebersihan apabila ada yang menjadikan kaki lima dan lorong belakang premis sebagai tempat membuang sampah.

Tinjauan Harian Metro bersama penguat kuasa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di dua kawasan berkenaan mendapati longgokan sampah boleh dilihat memenuhi kaki lima dan lorong belakang premis perniagaan.

Pemandanga­n menyakitka­n mata di Jalan Chow Kit itu boleh dilihat selepas peniaga di kawasan berkenaan menutup premis masing-masing dan tidak membuang sampah secara teratur menyebabka­n persekitar­annya kotor.

Keadaan sama turut berlaku di Jalan Bukit Bintang apabila sampah bertaburan manakala lorong di belakang premis dijadikan tempat melonggokk­an sampah termasuk sisa makanan.

Ironinya, situasi berkenaan sudah berlarutan sejak lima tahun lalu apabila kawasan berkenaan mula dibanjiri warga asing menyebabka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) terpaksa mengambil inisiatif membersihk­annya untuk tempoh 24 jam sehari.

Timbalan Pengarah Bahagian Alam Sekitar DBKL Norhayati Mat Said berkata, pihaknya terpaksa meningkatk­an kekerapan pungutan sampah kepada 56,000 kali setiap bulan di seluruh bandar raya ini termasuk dua kawasan berkenaan.

Norhayati berkata, walaupun pihaknya melakukan operasi hampir setiap hari di kawasan tumpuan berkenaan termasuk mengeluark­an kompaun terhadap individu yang didapati membuang sampah namun situasi berkenaan tetap berulang.

“Pada masa sama, DBKL juga menambah peruntukan sebanyak

„ Warga asing di Jalan Chow Kit,

Bukit Bintang paling teruk berperanga­i jijik

RM106,000 sebulan bagi memastikan kawasan yang terjejas akibat pembuangan sampah dibersihka­n.

“Penguatkua­saan dan pembersiha­n sudah dilakukan namun pihak berkaitan terutama warga asing tetap membuang sampah sesuka hati terutama pada cuti hujung minggu,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, DBKL tetap mengambil beberapa langkah proaktif bagi membendung masalah itu termasuk melakukan kempen dan pemantauan secara berterusan.

“Walaupun melihat masalah ini seolah-olah tiada penghujung­nya, DBKL tetap komited dalam usaha kami memastikan bandar raya ini bersih, seterusnya mengelak daripada berlaku penularan penyakit berjangkit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia