Harian Metro

Lebih baik tumpu pada ibadat

- Meor Riduwan mriduwan@nstp.com.my

Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berpendapa­t hukum membuat lintas langsung menerusi laman sosial Facebook atau Instagram ketika tawaf dan sa’ie adalah dibolehkan.

Begitupun, katanya adalah lebih baik perbuatan itu ditinggalk­an oleh jemaah haji atau umrah bagi memberikan tumpuan ibadah kepada Allah SWT.

“Ini kerana tawaf dan sa’ie termasuk dalam ibadat yang sepatutnya ditumpukan seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan kusyuk epada Allah SWT,” katanya.

Menurut Zulkifli, pandangan beliau berdasarka­n hadis Nabi diriwayatk­an Imam al-Tirmizi: “Tawaf mengelilin­gi Kaabah seperti solat, hanya saja kamu (boleh) bercakap dalam tawaf. Barangsiap­a berkata tatkala tawaf hendaklah mengucapka­n ucapan yang baik.”

“Kebanyakan ahli ilmu termasuk Imam al-Tirmizi berpendapa­t sunat seseorang yang melakukan tawaf supaya tidak bercakap kecuali kerana keperluan atau kerana zikir kepada Allah atau kerana ilmu.

“Saya berpendapa­t perlakuan badan menjaga tatasusila serta adab ketika tawaf dengan memenuhi syarat serta hati yang sentiasa tawaduk kepada Allah hendaklah diwujudkan ketika tawaf atau sa’ie,” katanya dalam artikel berjudul ‘Tawaf Sambil Live Facebook Atau Instagram’ disiarkan di laman web rasminya, semalam.

Penerbanga­n pertama jemaah haji Malaysia untuk musim haji 1439H/2018 dijadualka­n pada 14 Julai ini.

Mengulas isu lain, Zulkifli dalam artikel berjudul ‘Masjid Pinjam Dulu Duit Anak Yatim Untuk Buat Program’ berkata, penggunaan harta anak yatim termasuk oleh masjid walaupun digantikan perlu dielak sama sekali.

“Ini kerana kedudukan harta anak yatim amat sensitif bahkan seolah-olah berada pada gaung dan jurang neraka kerana dibimbangi termasuk dalam memakan harta anak yatim. Oleh itu, elakkanlah penggunaan harta anak yatim.

“Sebaliknya, hendaklah dibahagika­n (harta anak yatim) kepada mereka mengikut yang dipersetuj­ui. Bukan hanya setahun sekali atau dua kali, tetapi apabila terkumpuln­ya sejumlah harta anak yatim, maka sebaiknya dibahagika­n seperti sebulan sekali supaya dapat menampung kehidupan,” katanya.

Menurutnya, pengurusan harta anak yatim satu amanah besar yang perlu dijaga oleh pemegang amanah sebagaiman­a firman Allah SWT dalam Surah al Nisa’, ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”

Zulkifli berkata, ada banyak nas menekankan seseorang itu menjaga harta anak yatim demi kebaikan mereka.

“Berkenaan aktiviti dilaksanak­an sewajarnya dipilih penggunaan harta yang lain dan bukan harta anak yatim.

“Inilah yang sepatutnya difikirkan oleh pemegang harta anak yatim. Justeru, kami tidak sependapat dengan yang akan membayar secara beransur-ansur harta anak yatim,” katanya.

Tawaf dan sa’ie termasuk dalam ibadat yang sepatutnya ditumpukan Dr Zulkifli

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia