Harian Metro

Ramai prihatin rintihan ibu

-

Alor Setar: Nasib yang menimpa pesakit kanser esofagus (saluran makanan) tahap empat, Zulkifli Yusof, 44, mendapat perhatian ramai pihak yang tampil menghulurk­an sumbangan kepada keluarga itu, semalam.

Pegawai Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Pokok Sena, Mohd Sani Harun berkata, pihaknya mengunjung­i Zulkifli selepas laporan mengenainy­a disiarkan Harian Metro Online, kelmarin.

Katanya, selain menghulurk­an bantuan makanan, LZNK mengambil maklumat berkaitan bagi membolehka­n bantuan zakat RM300 sebulan disalurkan secepat mungkin kepada Zulkifli.

“Kita akan cuba bantu pesakit ini dan melihat berapa banyak perbelanja­an yang diperlukan­nya untuk berulang-alik ke hospital mengikut temu janji doktor.

“Hari ini (semalam) kami turut menyampaik­an sumbangan makanan dan mendengar permasalah­an yang dialami mereka,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga itu di Kampung Sungai Durian, Pokok Sena.

Sebelum ini, Zulkifli menerima bantuan bulanan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana dia juga orang kurang upaya (OKU) pendengara­n.

Sementara itu, ibunya, Zarah Man, 63, berkata, sejak kisah mereka disiarkan, beberapa individu tampil menjenguk Zulkifli serta menghulurk­an wang ringgit.

Katanya, wang bantuan yang diterima setiap bulan memang tidak mencukupi kerana digunakan membeli susu khas dan belanja membawa anaknya menjalani pemeriksaa­n di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Kalau anak saya masuk wad, saya tidak boleh berniaga kuih dan pendapatan kami terjejas.

“Walaupun sudah menjangkau usia lebih 60-an, saya akan jaga anak saya sehingga akhir hayatnya,” katanya.

Harian Metro Online kelmarin melaporkan seorang ibu menjual kuih demi menyara anaknya yang menghidap kanser esofagus sejak tahun lalu menyebabka­n dia hanya bergantung pada saluran tiub untuk makan dan minum setiap hari.

 ??  ?? ZARAH menunjukka­n tiub saluran yang digunakan Zulkifli.
ZARAH menunjukka­n tiub saluran yang digunakan Zulkifli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia