Harian Metro

SENTUHAN MAGIS DUA ARTIS

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Pameran lukisan@Premiera kali ini mempunyai keistimewa­an tersendiri apabila menggandin­gkan dua artis iaitu Faizal Samat dan Azhar Arshad sebagai peserta dalam pameran berkenaan.

Azhar mempunyai pengalaman lebih 30 tahun sebagai pengkarya seni visual dan namanya begitu dikenali.

Sementara Faizal pula tidak kurang hebatnya apabila banyak karyanya berjaya menambat hati pengumpul koleksi untuk membelinya.

Kedua-dua mereka mempunyai kecenderun­gan dan kepakaran berbeza dalam berkarya. Malah sentuhan ‘magis’ mereka boleh membuatkan sesiapa saja terpukau melihatnya.

Karya itu boleh dihayati dalam pameran bertemakan bebas yang diadakan di Hotel Premiera dengan kerjasama Mac Training Centre Sdn Bhd bermula 1 hingga 31 Julai ini.

Sebanyak 42 karya dipamerkan yang terdiri daripada 22 kerja seni Azhar sementara Faizal pula 20 lukisan.

Faizal berkata, beliau lebih cenderung menghasilk­an lukisan genre yang menggunaka­n medium minyak di atas kanvas.

Katanya, kebanyakan karyanya menonjolka­n haiwan sebagai objek utama visual kerana ia memberikan makna tertentu.

“Lukisan bertajuk Si Jantan Yang Berkokok umpamanya, haiwan ini menterjema­hkan simbol kekuatan mengikut kepercayaa­n masingmasi­ng.

“Di Indonesia, ayam jantan dijadikan ayam sabung yang bertarung hingga mati untuk mempertaha­nkan kawasannya.

“Sebab itu, karya yang terdapat imej ayam sering menjadi pilihan dan dinantikan pengumpul lukisan,” katanya.

Sementara itu, Azhar pula mempunyai kebolehan menghasilk­an karya menggunaka­n pelbagai medium seperti minyak, air dan akrilik atas kanvas.

Katanya, lukisan bertajuk Di Selimuti Alam 4 begitu dekat dengan dirinya kerana ia berkisarka­n pengalaman kehidupan peribadiny­a ketika muda yang dihasilkan pada 2014.

“Jika dihayati lukisan ini akan menampakka­n visual wanita yang ‘diselimuti’ daun, bunga dan alam.

“Manusia dan alam adalah sama, begitu juga dengan hidupan lain,” katanya.

Lukisan bertajuk Si Jantan Yang Berkokok umpamanya, haiwan ini menterjema­hkan simbol kekuatan mengikut kepercayaa­n masing-masing

 ??  ?? PENGUNJUNG menghayati salah satu karya
dipamerkan.
PENGUNJUNG menghayati salah satu karya dipamerkan.
 ??  ?? AZHAR bersama karyanya bertajuk Di Selimuti Alam 4.
AZHAR bersama karyanya bertajuk Di Selimuti Alam 4.
 ??  ?? FAIZAL bersama lukisannya bertajuk Si Jantan Yang Berkokok.
FAIZAL bersama lukisannya bertajuk Si Jantan Yang Berkokok.
 ??  ?? LUKISAN Si Jantan Yang Berkokok berkisarka­n kekuatan ayam jantan.
LUKISAN Si Jantan Yang Berkokok berkisarka­n kekuatan ayam jantan.
 ??  ?? LUKISAN ini terjemahan pengalaman peribadi pelukis.
LUKISAN ini terjemahan pengalaman peribadi pelukis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia