Harian Metro

KONGSI KEgembiraa­n BERSAMA ORANG ASLI

-

Sukarelawa­n redah hutan belantara, lalui anak sungai untuk rai sambutan Aidilfitri di kawasan pedalaman

DARI MUKA 31

Itu situasi yang berlaku ketika kunjungan oleh Empire (EP) dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu bukan kerajaan (NGI) bagi menyantuni serta menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama masyarakat Orang Asli Kampung Rakoh di Pos Lejang, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.

Antara sukarelawa­n terbabit ialah Auntie Brigade, SMUUTA Team 4x4, Bentong Treker dan KLAU 4X4.

Difahamkan, masyarakat Orang Asli kampung berkenaan sentiasa ‘teruja’ jika ada pihak luar datang ke kampung mereka untuk mengadakan program bersama komuniti terbabit.

Faktor geografi kampung itu yang terletak di kawasan pedalaman dan perlu merentasi laluan ‘off road’ sejauh kira-kira 40 kilometer (km). Merentasi anak sungai pula antara cabaran yang perlu ditempuh 35 peserta termasuk penulis yang menaiki 13 kenderaan pacuan empat roda.

Ia adalah pengalaman baru penulis bersama sebahagian sukarelawa­n yang pertama kali merasai peluang berkenaan meskipun masing-masing agak keletihan kerana seharian tidak melelapkan mata demi menyelami pengalaman ‘manis’ itu.

Ketua Projek, Ahmad Zaquan Rahmat berkata, program itu sudah dirancang sebelum Ramadan lalu bagi meneruskan aktiviti ‘rutin’ menyantuni masyarakat Orang Asli sebelum ini.

“Program ini (Majlis Hari Raya Aidilfitri) adalah pertama kali disambut bersama mereka bagi mencipta kelainan berbanding program yang lalu.

“Sebelum ini kami hanya memberikan sumbangan barangan keperluan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Sederut, Gua Musang, Pos Bihai dan

Pos Gob,” katanya kepada Nuansa.

Beliau berkata, pada kali ini sukarelawa­n membawa juadah hari raya yang sudah siap dimasak untuk dijamu kepada penduduk terbabit.

“Kami mahu berkongsi kegembiraa­n bersama mereka kerana mungkin kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka dengan kita jauh berbeza.

“Kita memilih kampung ini kerana pendudukny­a agak ramai beragam Islam dan selebihnya Kristian,” katanya.

Katanya, pihaknya mengetahui kampung terbabit daripada rakannya yang pernah mengunjung­i kampung berkenaan dan kemudian berhubung dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk membuat permohonan.

“Selain menikmati juadah hari raya, penduduk turut diberikan sumbangan barangan keperluan diri dan pakaian terpakai.

“Selain itu, kami juga memberikan sumbangan 100 bungkusan yang mengandung­i barangan keperluan harian kepada penduduk Orang Asli dari dua kampung lain,” katanya.

Menurutnya, program itu mendapat sokongan daripada Nestle Malaysia menerusi program Milo- Mari Beramal Bersama Milo.

Tambahnya, pihaknya bercadang menjadikan­nya sebagai acara tahunan kerana sambutan menggalakk­an daripada sukarelawa­n dan akan mencari perkampung­an Orang Asli yang lebih daif.

Sementara itu, ahli Auntie Brigade, Rabian Ho Abdullah berkata, pertubuhan itu dianggotai lima wanita sebagai ahlinya yang sudah empat kali bekerjasam­a dengan EP dalam membuat aktiviti amal bersama-sama.

“Selain membantu melancarka­n program, kami turut menolong mendapatka­n dana daripada kenalan dan orang ramai bagi membolahka­n EP melaksanak­an lebih banyak program kebajikan.

“Untuk program ini, selepas membuat hebahan dalam Facebook, kami berjaya mengumpul dana untuk 100 penerima dalam masa 10 hari,” katanya. - Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? PESERTA yang terbabit program Sambutan Hari Raya bersama masyarakat Orang Asli
Kampung Rakoh di Pos Lejang.
PESERTA yang terbabit program Sambutan Hari Raya bersama masyarakat Orang Asli Kampung Rakoh di Pos Lejang.
 ??  ?? SUKARELAWA­N
membantu menguruska­n kanak-kanak
berbaris mendapatka­n
makanan.
SUKARELAWA­N membantu menguruska­n kanak-kanak berbaris mendapatka­n makanan.
 ??  ?? AHMAD Zaquan
menyerahka­n sumbangan kepada
penduduk.
AHMAD Zaquan menyerahka­n sumbangan kepada penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia