Harian Metro

Mesej seni fotografi

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com

Selain lukisan, seni fotografi juga menjadi salah satu cara untuk seseorang menyampaik­an sesuatu mesej.

Cuma, medium saja yang berbeza dan itulah yang dilakukan penuntut Ijazah Sarjana Muda Fotomedia Kreatif Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor, Muhammad Hasbullah Mohd Shuhani. Dia menjadikan karya fotografi bertajuk ‘Perspectiv­e of Life’ untuk menterjema­hkan makna sebuah kehidupan.

Bercerita lanjut, Muhammad Hasbullah berkata, karyanya itu mengambil latar belakang pemandanga­n di Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang dan dirakam ketika dia melakukan tugasan di situ.

Di sebalik gambar berkenaan, Muhammad Hasbullah berkata, dia mahu mengekspre­sikan bagaimana sesebuah kehidupan mempunyai jalan ceritanya.

“Kita sedia maklum kehidupan diwarnai dengan pengalaman pahit dan manis, baik dan buruk yang berputar dalam roda kehidupan manusia.

“Jadi, saya sifatkan tona, tekstur, garisan dan komposisi terbentuk dalam karya berkenaan sebagai satu ekspresi visual bagi menggambar­kan sesebuah kehidupan yang ada ada turun naiknya.

“Bagi menguatkan lagi mesej yang ingin disampaika­n, saya sunting gambar berkenaan dengan mengubah warnanya menjadi hitam putih bersesuaia­n dengan temanya iaitu kehidupan,” katanya yang cenderung mengambil gambar alam semula jadi dan hasil seni bina itu.

Menurut Muhammad Hasbullah, gambar berkenaan dirakam menggunaka­n dron dan antara cabarannya adalah mengendali­kan alat berkenaan ketika angin yang agak kuat.

“Saya boleh katakan, ini gambar yang paling sukar pernah dirakam sejak berjinak-jinak dengan dunia fotografi, lebihlebih lagi kerana perlu menggunaka­n dron.

“Mujurlah cuaca tidak hujan cuma angin agak kuat, namun segalagala­nya dipermudah­kan hingga selesai melakukan tugasan berkenaan.

“Bagi saya, ia satu pengalaman yang menyeronok­kan dan saya rasa usaha itu lebih berbaloi selepas karya berkenaan menerima pengiktira­fan dalam Anugerah Seni MIDF 2018, baru-baru ini,” katanya.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu berkata, selain mengambil gambar untuk kepuasan, dia turut menjadikan­nya sebagai salah satu sumber untuk mencari duit poket.

Katanya, ia dilakukan menerusi khidmat fotografi dan videografi untuk majlis perkahwina­n serta lainlain acara.

“Selain wang, saya juga berpeluang menimba pengalaman menerusi kerja sambilan itu yang secara tidak langsung mengukuhka­n lagi portfolio dalam bidang ini.

“Alhamdulil­lah, ibu dan ayah memberi sokongan serta berharap lebih banyak peluang terbuka memandangk­an saya serius menjadikan bidang ini sebagai kerjaya selepas tamat pengajian nanti,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Hasbullah bersama hadiah kemenangan­nya dalam Anugerah Seni MIDF 2018.
MUHAMMAD Hasbullah bersama hadiah kemenangan­nya dalam Anugerah Seni MIDF 2018.
 ??  ?? GAMBAR bertajuk ‘Persepecti­ve of Life’ hasil karya Muhammad Hasbullah.
GAMBAR bertajuk ‘Persepecti­ve of Life’ hasil karya Muhammad Hasbullah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia