Harian Metro

SOLEKAN siang atau malam

-

DARI MUKA 53

Ini diakui jurusolek profesiona­l, Yann Rifft yang menjelaska­n perbezaan solekan siang dan malam apabila keduakedua­nya memerlukan penggunaan perkakasan alat solek berbeza. Untuk siang tema berasaskan rona semula jadi menjadi pilihan. Ia sesuai dengan penampilan terutama apabila acara diadakan di dewan. Untuk malam pula, biasanya konsep ala glamor ditekankan dengan rona gelap serta berkilau.

“Tumpuan harus diberikan kepada solekan mata kerana ia memberikan sisi berbeza kepada mempelai. Solekan mata berbeza apabila menggunaka­n rona cerah seperti pic, ungu dan merah jambu. Untuk malam pula, solekan smokey menjadi pilihan kerana ia menampakka­n penampilan lebih glamor dan menawan,” katanya.

Namun begitu, biarpun dikatakan riasan semula jadi adalah lebih baik, ia tidak bermakna mempelai boleh tampil seadanya. Asas solekan seperti bedak asas, pemerah pipi, pembayang mata dan gincu harus ada kesannya. Perkara paling penting adalah pemilihan rona semula jadi seharusnya tidak jauh berbeza dengan tona kulit anda.

Menurut Yann, penekanan kepada penggunaan pelindung cela penting kerana dalam suasana cerah, noda pada kulit jelas kelihatan terutama mereka yang memiliki parut jerawat, tompok hitam bawah mata atau pigmentasi. Walaupun tidak dapat melindungi­nya 100 peratus, untuk acara gemilang ini alangkah baiknya sekiranya anda mendapat tona kulit sekata supaya mudah disolek.

“Masalah yang sering dialami mempelai adalah bekas jerawat dan tompok hitam bawah mata akibat kurang tidur kerana sibuk membuat persiapan.

Bagi menutupiny­a biarkan pelindung cela 'bekerja' melindungi kekurangan wajah. Pilih warna seakan-akan sama dengan tona kulit

Pemilihan rona semula jadi perlu sesuai dengan tona wajah

 ??  ?? SAPU bedak asas cecair ke seluruh wajah menggunaka­n
berus kuas besar, ratakan hingga sekata.
PILIH pembayang mata rona cerah kemudian sapu
sehingga dua warna ini sebati pada kedua-dua
kelopak mata. MASKARA kalis air sesuai dipakai mempelai kerana...
SAPU bedak asas cecair ke seluruh wajah menggunaka­n berus kuas besar, ratakan hingga sekata. PILIH pembayang mata rona cerah kemudian sapu sehingga dua warna ini sebati pada kedua-dua kelopak mata. MASKARA kalis air sesuai dipakai mempelai kerana...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia