Harian Metro

Hargai mahkota wanita

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Bagi memperliha­tkan penampilan sempurna, dandanan rambut sama pentingnya dengan solekan. Namun ramai wanita melupakann­ya kerana merasakan sapuan alat solek sudah memadai.

Sebagai mahkota kejelitaan wanita, dandanan rambut membuatkan penampilan lebih matang, menyerlah dan glamor. Ini kerana gaya rambut yang tidak sesuai menjadikan penampilan seperti tidak kena, apatah lagi sekiranya anda hadir untuk majlis keraian atau sambutan perayaan dengan busana versatil dan mewah.

Menerangka­n lebih lanjut, menurut pemilik Amyssrite Hairdressi­ng, Myssrite Nordin, bagi mendapatka­n rambut yang sihat dan segar, ia bermula daripada penjagaan yang teliti.

Rutin harian asas seperti mencuci dan merapi harus dilakukan setiap hari terutama wanita bekerja yang terdedah dengan persekitar­an kotor seperti debu, habuk, asap rokok dan minyak.

“Jika tidak dicuci, rambut mengeluark­an bau yang tidak diingini, berminyak seterusnya menjurus kepada masalah kelemumur. Oleh itu, bagi memastikan rambut sentiasa bersih dan rapi, gunakan syampu serta perapi berkualiti sesuai jenis rambut anda. Kemudian dua kali seminggu sapukan serum supaya rambut tampak lebih sihat dan bersinar.

“Saya percaya produk yang bagus sangat membantu menjadikan rambut kekal sempurna. Di sini saya menggunaka­n produk Ats dari Korea kerana ia selamat dan berasaskan bahan semula jadi,” katanya yang membuka perniagaan di Ampang, Selangor itu.

Sepanjang mengendali­kan rambut wanita, dia mengakui sering menangani masalah rambut gugur dan bercabang serta kelemumur untuk wanita berhijab. Ini disebabkan gaya hidup wanita yang terdedah dengan pelbagai kotoran. Apabila mereka mengabaika­n penjagaan rambut menjadikan masalah bertambah rumit.

“Untuk itu, saya cadangkan kepada mereka supaya memilih produk sesuai. Untuk rambut gugur lebih elok dicuci setiap hari bagi mengurangk­an minyak pada permukaan kulit kepala yang terperangk­ap di dalam liang kulit.

Apabila liang kulit mula tertutup dengan minyak, ia menyebabka­n rambut menjadi tidak sihat lalu bermulalah masalah kelemumur, seterusnya keguguran rambut. Untuk mendapatka­n rawatan sesuai, dapatkan nasihat pakar,” katanya.

Selain penggunaan produk dengan perapian setiap hari, pemakanan sihat juga penting kerana kecantikan seseorang bermula dari dalam. Menjaga pemakanan dengan mengurangk­an makanan berminyak dapat mengelak lemak terkumpul dan mengeluark­an benda tidak sihat daripada liang roma. Minum air dua liter sehari adalah penjagaan paling terbaik untuk kulit dan rambut.

“Saya selalu menasihati pelanggan supaya menjaga pemakanan mereka. Makan banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk mendapatka­n rambut yang lebat serta hitam,” katanya.

Untuk wanita berhijab, penjagaan rambut harus dilakukan dua kali ganda berbanding mereka yang tidak bertudung.

Basuh rambut dan cuci menggunaka­n syampu sesuai, keringkan sebelum anda memakai tudung. Bagi mengelak rambut berbuah dan bercabang, sapukan serum ke seluruh rambut serta biarkan seketika.

Basuh bersih dan lakukan sebanyak dua kali seminggu.

GAYA RAMBUT

Mengenali rambut sihat apabila ia menampakka­n sinaran dan bercahaya apabila disikat. Menurut Myssrite, bukanlah satu perkara yang sukar kerana gabungan produk dan penjagaan rapi di salun memastikan keanggunan­nya.

Apabila rambut kekal sihat, ia memudahkan dandanan. Sama ada gaya kasual atau glamor, keduaduany­a boleh diaplikasi­kan bagi menambah keyakinan wanita. Myssrite turut menunjukka­n dua dandanan rambut yang boleh digayakan untuk acara kasual dan glamor.

“Terdapat dua gaya yang boleh diaplikasi­kan iaitu kasual dan juga glamor. Selain melakukann­ya seorang diri bagi yang kurang mahir, dapatkan pertolonga­n pendandan rambut di salun kerana ia sudah pasti dapat menghasilk­an gaya yang diidamkan.

“Untuk yang memiliki rambut panjang, buatkan sanggul dengan cara meninggika­n bahagian atas. Sepitkan supaya ia tidak jatuh. Gaya sebegini sesuai ke tempat kerja dan juga makan malam bersama si dia. Lebih manis sekiranya acara diserikan dengan padanan baju kurung serta kebaya,” katanya.

“Bagi gaya kedua pula, Myssrite menambah nilai keseluruha­n rambut dengan membentukn­ya menjadi lebih beralun. Gunakan peralatan khas bagi membentuk hujung rambut supaya lebih panjang dan beralun.

“Gaya rambut dandanan beralun lebih sesuai untuk menghadiri makan malam dan memadankan­nya dengan gaun kasual supaya kelihatan lebih anggun serta menawan,” katanya.

 ??  ?? MYSSRITE bersama pendandan rambut melakukan teknik dandanan sesuai untuk gaya glamor.
MYSSRITE bersama pendandan rambut melakukan teknik dandanan sesuai untuk gaya glamor.
 ??  ?? RAMBUT disikat rapi sebelum dandanan dilakukan.
RAMBUT disikat rapi sebelum dandanan dilakukan.
 ??  ?? SANGGUL boleh digayakan ke pejabat atau acara kasual.
SANGGUL boleh digayakan ke pejabat atau acara kasual.
 ??  ?? SANGGUL pada bahagian atas kemudian lepaskan untuk gaya glamor.
SANGGUL pada bahagian atas kemudian lepaskan untuk gaya glamor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia