Harian Metro

Kuat adalah cantik

- Siti Zarinah sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Menepati makna pepatah rambut sebagai mahkota wanita, ia memberikan perlambang­an kecantikan wanita adalah berdasarka­n rambut yang kuat, tahan, fleksibel dan penuh tenaga.

Sebagai peneraju dalam pembuatan produk penjagaan kecantikan dan kesihatan rambut sejak penemuan ProVitamin B5 pada 1940-an, Pantene terus menjadi pilihan ramai wanita yang meyakini bahawa sumber utama keindahan adalah kesihatan.

Malah Pantene turut tampil dengan kempen terbaru, #WanitaBesi mengetenga­hkan penyanyi Yuna sebagai duta pertama berhijab di Malaysia.

Bagi menjayakan kempen ini, satu video drama pendek #WanitaBesi berdurasi lebih dua minit menampilka­n Yuna dan dua figura terkenal Malaysia, Linora Low (personalit­i kecergasan) serta Adeline Chin (penerjun kebangsaan) dilancarka­n.

Sesuai elemen yang ditampilka­n Pantene untuk rambut lebih kuat, sihat, fleksible dan bersinar, kempen terbaru ini mengangkat wanita yang mempunyai kisah selain pengalaman perit sebelum mengecapi kejayaan.

“Saya sangat bangga dan berbesar hati apabila dipilih Pantene Malaysia sebagai duta mereka. Saya sendiri menggunaka­n Pantene sebagai rejim penjagaan rambut harian sejak bertahun-tahun lamanya. Saya sangat menyukai syampu ini kerana selain aromanya, ia juga memberi tindak balas positif terhadap masalah rambut yang saya hadapi.

“Selain itu, Pantene memberikan inspirasi kepada wanita untuk meningkatk­an keyakinan menerusi kempen Kuat adalah Cantik,” kata Yuna yang hadir pada majlis pelancaran kempen #WanitaBesi, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Procter & Gamble (M) Sdn Bhd, May Teoh berkata, kempen #WanitaBesi bertujuan menyampaik­an mesej positif kepada wanita serta memberikan mereka inspirasi agar wanita melakukan perkara yang disukai mereka. Ini kerana mereka cantik asalkan melakukan perkara yang disukai mereka.

“Kami bangga mengumumka­n Yuna sebagai ahli keluarga baru Pantene. Yuna adalah definisi wanita besi, wanita tabah yang menghadapi dugaan sepanjang mengejar cita-cita, penuh inspirasi dan antara wanita hebat dalam generasi kini,” katanya.

 ??  ?? DUTA Pantene, Yuna (tengah) bersama Ketua Kategori Penjagaan Rambut Procter & Gamble (M) Sdn Bhd, Anggia Pulungan dan May pada majlis pelancaran kempen #WanitaBesi Pantene, baru-baru ini.
DUTA Pantene, Yuna (tengah) bersama Ketua Kategori Penjagaan Rambut Procter & Gamble (M) Sdn Bhd, Anggia Pulungan dan May pada majlis pelancaran kempen #WanitaBesi Pantene, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia