Harian Metro

Cari ibu kandung untuk mohon kad pengenalan

-

Port Dickson: “Hati saya kuat mengatakan dia masih hidup dan berharap dapat bertemu dengannya secepat mungkin,” kata Merhana Abdullah, 15, yang menjejaki ibu kandungnya selepas terpisah sejak tujuh tahun lalu.

Merhana berkata, ibunya, Shirla Fanny Maturin, 44, berketurun­an Kadazan tidak pernah dikenaliny­a manakala bapanya, Ghazali Samping meninggal dunia pada 2011.

Katanya, selepas ayah kandungnya meninggal dunia, dia dijaga ibu dan bapa angkat yang juga sepupu arwah ayahnya ketika berusia lapan tahun.

“Masalah timbul apabila ayah angkat, Hairon-in Abd Karim, 53, dan ibu angkat, Suraini Abdul Karim, 50, tidak dapat memohon kad pengenalan saya kerana tiadanya dokumen ibu yang menyebabka­n persekolah­an terganggu.

“Selain rindukan ibu kandung, saya juga berharap dapat memiliki kad pengenalan untuk meneruskan persekolah­an demi masa depan.

“Tidak banyak maklumat ibu kandung yang ada. Hanya alamat ketika saya dilahirkan iaitu di No 16, Jalan Panggung Wayang, Masai, Johor,” katanya.

Sementara itu, Hairon-in berkata, dia bimbangkan masa depan Merhana jika masih tidak memiliki kad pengenalan bagi membolehka­nnya meneruskan pelajaran di sekolah menengah.

“Dia ada surat beranak tetapi tiada dokumen ibu bapanya, dia juga tidak boleh menduduki peperiksaa­n jika tidak memiliki kad pengenalan. Arwah bapanya pula sebatang kara dan ibunya kami langsung tak kenal,” katanya.

Katanya, ibu kandung Merhana atau mereka yang mengenali wanita itu boleh menghubung­inya di talian 0173052523 (Hairon-in).

 ??  ?? MERHANA memegang dokumen kelahirann­ya dan sijil mati arwah ayahnya.
MERHANA memegang dokumen kelahirann­ya dan sijil mati arwah ayahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia