Harian Metro

Graduan jiwa usahawan

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

Segulung ijazah pendorong kepada graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anis Syazwani Abd Mubin menceburi bidang perniagaan produk sejuk beku termasuk puding raja Pahang.

Wanita berusia 24 tahun dari Peramu ini berkata, lapan jenis produk sejuk beku jenama Suehanis seperti tembosa raja, tembosa isi ikan, cucur badak dan karipap kini berada di pasaran negeri ini selain Kuala Lumpur dan Selangor.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Oleokimia itu berkata, puding raja makanan tradisiona­l istana diraja Pahang adalah produk utama dihasilkan dengan pengeluara­n lebih 60 kilogram (kg) sehari untuk pasaran tempatan dan luar Pahang.

“Saya mula aktif menghasilk­an puding raja Pahang tahun lalu kerana permintaan ke atas makanan berkenaan meningkat selepas aktiviti promosi dilakukan secara berterusan.

“Saya mengambil keputusan menamatkan perkhidmat­an dengan syarikat swasta bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan yang turut mendapat sokongan daripada ibu (Thuraya A Razak) yang lebih awal mengusahak­an perniagaan terbabit,” katanya.

Anis Syazwani berkata, sokongan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Pahang membantu aktiviti mempromosi dan jualan serta khidmat nasihat melancarka­n perniagaan­nya.

Puding raja yang terkenal dalam kalangan penduduk daerah ini menggunaka­n enam bahan utama seperti susu cair, pisang lemak manis, kuning telur dan biji gajus.

“Selain menjual di Serambi Pekan dan Serambi Teruntum, Kuantan dan Kuala Lumpur, saya juga menggunaka­n media sosial bagi mempromosi dan memasarkan puding raja Pahang dan produk sejuk beku,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur.

Anis Syazwani berkata, dia kini menumpukan aktiviti jualan di sekitar Kuala Lumpur membabitka­n beberapa

 Berhenti kerja untuk tumpu kepada perniagaan

premis makanan yang menjadi pelanggan tetap dengan harga jualan antara RM8 hingga RM50 mengikut saiz bekas.

Dia juga bekerjasam­a dengan pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang membantuny­a membuat kajian bagi memastikan puding raja Pahang boleh disimpan bagi jangka panjang.

 ??  ?? ANIS Syazwani menunjukka­n puding raja yang siap untuk dijual di Serambi Pekan.
ANIS Syazwani menunjukka­n puding raja yang siap untuk dijual di Serambi Pekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia