Harian Metro

Biar semua orang dapat makan durian

-

Kuala Nerus: “Tidak kisah jika peniaga lain mengecam kerana menjual durian dengan harga rendah kerana niat saya membantu penduduk yang tidak berkemampu­an menikmati raja buah itu,” kata peniaga, Razani Abd Rani, 43.

Razani bersama ahli keluargany­a menjual pelbagai jenis durian termasuk 101, D24, D13, D88, dan KW di Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir di sini, dengan harga antara RM10 hingga RM15 sekilogram.

Durian kampung pula dijualnya dengan harga antara RM10 hingga RM30 selonggok.

Menurutnya, walaupun durian kampung yang dijual gred C tetapi isinya setanding durian bergred tinggi.

“Saya sengaja menjual secara longgok iaitu antara lima hingga tujuh biji supaya peminat durian di negeri ini berpeluang menikmatin­ya dengan harga berpatutan.

“Ramai peminat durian bersungut kerana harga di negeri ini masih mahal sedangkan di negeri lain seperti Johor, Perak dan Pahang lebih murah sehingga ada peminat durian yang sanggup ke negeri berkenaan semata-mata untuk membeli buah itu,” katanya ketika ditemui, di sini.

Razani yang mula berniaga sejak akhir bulan lalu mengambil inisiatif membantu mereka dengan mengambil durian dari Johor dalam kuantiti banyak dan menjualnya di negeri ini dengan harga murah.

“Ternyata usaha saya mendapat sambutan menggalakk­an apabila tujuh tan durian terjual setiap hari.

“Permintaan juga amat memberangs­angkan sehingga ada pelanggan yang menempah awal selain sanggup ke gerai kami seawal jam 9 pagi untuk membeli durian murah,” katanya.

Menurutnya, pelanggan bukan hanya terdiri daripada penduduk setempat, malah ada yang datang dari Kemaman membeli raja buah itu.

Berikutan permintaan menggalakk­an, dia meminta seorang daripada anaknya membuka gerai durian dengan tawaran harga yang sama di daerah itu.

“Niat saya hanya ingin membantu peminat durian membeli dan menikmati buah itu,” katanya.

 ??  ?? DURIAN kampung yang dijual tepi jalan dengan harga RM10 selonggok di Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir.
DURIAN kampung yang dijual tepi jalan dengan harga RM10 selonggok di Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia