Harian Metro

MyKad 30 minit

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

 JPN percepat keluar dokumen pengenalan diri

Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) diminta mempercepa­tkan lagi tempoh pengeluara­n MyKad kepada 30 minit pada masa akan datang, berbanding 45 minit buat masa ini.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, sejak 1 April lalu, JPN mengeluark­an MyKad dalam tempoh 45 minit, berbanding 24 jam sebelum ini di semua pejabat JPN yang mempunyai mesin percetakan sendiri.

“Saya tidak mahu kecemerlan­gan ini terhenti di sini saja. Saya ingin melihat JPN menyahut cabaran seterusnya bagi mengeluark­an MyKad siap dalam tempoh 30 minit pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang JPN 2017 di sini, semalam.

Seramai 347 warga JPN menerima anugerah pada majlis itu.

Alwi berkata, satu lagi inisitiati­f yang dibanggaka­n JPN adalah pelancaran Bas Mobile JPN di mana pelanggan boleh membuat gantian MyKad di bas berkenaan dan MyKad itu dicetak di mana-mana pejabat JPN yang berstatus hab percetakan teragih.

“Usaha terkini JPN ini bakal mengubah landskap penyampaia­n perkhidmat­an jabatan ini kepada rakyat, selaras dengan slogan JPN “Rakyat Di Hati JPN” dengan harapan memenangi hati dan minda awam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam ucapannya berkata, 300 individu didakwa atas pelbagai kesalahan kad pengenalan sepanjang tahun lalu dan hingga Februari tahun ini.

Beliau berkata, JPN sentiasa peka dengan kes penyalahgu­naan dokumen pengenalan terutama dalam kalangan warga asing di negara ini.

“JPN kekal komited membantera­s masalah kad pengenalan palsu di negara ini melalui perancanga­n program penguatkua­saan yang menyasarka­n sindiket, ejen dan pengguna kad pengenalan palsu.

“Bagi tujuan itu, JPN mempelbaga­ikan jaringan kerjasama dengan agensi penguatkua­saan lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia