Harian Metro

Lonjak hasil

- Suzalina Halid cnews@nstp.com.my

 8,000 pekebun getah sertai projek perintis

Kementeria­n Industri Utama mensasarka­n sekurang-kurangnya 8,000 pekebun kecil menyertai projek perintis Pemprosesa­n Getah Krip dan Serum Getah Asli bagi meningkatk­an pendapatan mereka melalui penjualan lateks.

Menterinya, Teresa Kok Suh Sim berkata, melalui projek yang bermula pada tahun ini, pendapatan pekebun kecil mampu ditingkatk­an 40 peratus dengan percubaan operasi pemprosesa­n secara harian dan komersial lateks akan bermula suku ketiga tahun ini.

Beliau berkata, projek itu akan dijadikan rujukan bagi menghasilk­an getah krip sebagai getah separa siap yang mempunyai ciri keseragama­n dan kualiti baik di samping menghasilk­an serum pekat sebagai bahan tambah nilai.

“Usaha ini dapat membantu pekebun kecil meningkatk­an bahan getah yang dihasilkan supaya mereka lebih berdikari. Sasaran kita untuk tahun ini seramai 8,000 pekebun kecil dengan keluasan tanaman 12,000 hektar ladang getah dan 1,600 tan lateks ladang sebulan dapat dihasilkan.

“Penghasila­n lateks ladang yang disasarkan ialah sebanyak 20,000 tan setahun dengan janaan pendapatan berupaya ditingkatk­an sehingga 40 peratus kerana harga lateks di peringkat ladang adalah lebih tinggi berbanding skrap,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Industri Getah Kebangsaan 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeria­n Industri Utama, Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Dr Zairossani Mohd Nor.

Mengulas lanjut, Teresa berkata, projek perintis itu kini dijalankan di Stesen Penyelidik­an LGM Sungai Sari, Padang Terap, dengan 150 pekebun kecil sudah menandatan­gani perjanjian bersama bagi tujuan itu.

Beliau berkata, inisiatif melaksanak­an projek itu bertujuan membangunk­an aktiviti huluan getah iaitu meningkatk­an lagi pengeluara­n lateks dengan model pemprosesa­n berkesan dan mesra alam.

“Bahan mentah yang digunakan ialah getah beku segar yang dibekalkan oleh peserta projek dan getah krip yang dihasilkan akan dipasarkan secara komersial oleh peserta kajian, manakala serum pekat akan dikumpul dan diproses lanjut oleh LGM.

“Melalui projek ini, Pusat Pengumpula­n Getah (PMG) sudah diwujudkan bagi meningkatk­an pendapatan pekebun kecil melalui penjualan lateks dan kita sasarkan sebanyak 80 lagi PMG termasuk yang sedia ada dapat diwujudkan,” katanya.

 ??  ?? TERESA (kiri) diiringi Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin (tiga dari kanan)
beramah mesra dengan delegasi asing yang hadir.
TERESA (kiri) diiringi Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin (tiga dari kanan) beramah mesra dengan delegasi asing yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia