Harian Metro

Sembilan mengaku merusuh

-

Sembilan individu didenda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah merusuh dan menyebabka­n kecederaan antara satu sama lain dalam kejadian di hadapan pusat hiburan di Taman Mount Austin, akhir bulan lalu.

Majistret Noor Aisyah Ahmad turut memerintah­kan semua lelaki berkenaan menjalani hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh, A Haresh Kumar, 20, N Mugenthan, 32, S Nageshvara­n, 28, U S Kasavan, 20, S Suriya Pragas, 32, N Sanmugam, 32, B Jieva, 28, G Raja Rao, 32 dan R Chandramat­han Rao, 24, didakwa mengambil bahagian dalam satu pergaduhan dengan merusuh dan menyebabka­n kecederaan antara satu sama lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan Pusat Hiburan Evolution di Jalan Mutiara Emas 10/2, Taman Mount Austin di sini jam 3.30 pagi, 29 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Georgetown: Kementeria­n Pendidikan (KPM) digesa mewujudkan pendidikan undang-undang di setiap institusi perguruan bagi memastikan guru mempunyai kefahaman perundanga­n yang lebih jelas.

Presiden Kesatuan Pengurusan dan Pentadbira­n Pendidikan Malaysia (MSEAM), Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid berkata, warga pendidik hari ini berdepan pelbagai risiko berikutan peningkata­n pengetahua­n undang-undang dalam kalangan masyarakat.

“Apabila masyarakat kita semakin maju, dalam setiap aspek kehidupan kita perlu tahu sekurang-kurangnya mengenai asas undang-undang negara.

“Namun, kebanyakan guru tidak celik undang-undang dan sudah tiba masanya pihak kementeria­n mewujudkan subjek undang-undang di setiap Institut Perguruan Guru (IPG) bagi memastikan mereka tidak ketinggala­n,” katanya selepas menghadiri Persidanga­n Antarabang­sa Dalam Masa Depan Pendidikan (IConFEd 2018) di sini, semalam.

Terdahulu, Ibrahim yang juga bekas Pengarah di Institut Aminuddin Baki (IAB) menyampaik­an ucaptama selama 20 minit di hadapan 200 wakil pendidik tempatan dan antarabang­sa.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Dr Mehander Singh dan Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Rusmini Ahmad.

Sementara itu, Ibrahim berkata, kementeria­n perlu mengkaji dan meneliti semua aspek sebelum membenarka­n pelajar membawa alat peranti ke sekolah bagi tujuan pembelajar­an.

Katanya, ketika ini sistem pendidikan negara dalam bidang teknologi maklumat sudah berada di landasan terbaik, terutama selepas kerajaan memperkena­lkan Koridor Raya Multimedia (MSC).

“Kita perlu faham asas pendidikan itu sendiri, kemudian baru kita boleh terima teknologi.

“Kalau kita terima teknologi tetapi tidak faham nas pendidikan itu sendiri, ia tidak akan ke mana,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN individu yang didenda RM1,000 oleh mahkamah.
SEBAHAGIAN individu yang didenda RM1,000 oleh mahkamah.
 ??  ?? DR Mehander (tengah), Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Dr Sazali Yusoff (kiri) dan Dr Ibrahim di Persidanga­n Antarabang­sa Dalam Masa Depan Pendidikan, semalam.
DR Mehander (tengah), Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Dr Sazali Yusoff (kiri) dan Dr Ibrahim di Persidanga­n Antarabang­sa Dalam Masa Depan Pendidikan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia