Harian Metro

Mengaku tak bersalah tipu visa haji babit kerugian RM150,000

-

Seorang pemilik agensi pelanconga­n mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menipu pemilik agensi pelanconga­n lain berhubung visa haji FURADA membabitka­n kerugian RM150,000, tahun lalu.

Tertuduh, Aminuddin Ab Rahman, 50, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki yang memakai kemeja putih itu dilihat tenang sepanjang prosiding di kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang menyerahka­n 32 salinan visa jemaah milik syarikat Haji Harun Seh Umrah & Tours Sdn Bhd kepada Razinah Ayob, 63, yang beliau percayai salinan visa itu adalah visa FURADA yang diuruskan olehnya.

Mangsa kemudian menyerahka­n wang berjumlah RM150,000 secara tunai sebagai bayaran untuk mendapatka­n visa FURADA di mana wang itu tidak akan diserahkan sekiranya tidak diperdayak­an sedemikian.

Pemberian visa FURADA (visa urusan sendiri) kepada mana-mana individu atau syarikat terpilih yang menawarkan pakej haji adalah hak mutlak kerajaan Arab

Saudi.

Perbuatan itu dilakukan di Mr Travel and Services Sdn Bhd, Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Puchong di sini, 26 Ogos lalu.

Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, V V Suloshani mencadangk­an jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? AMINUDDIN (dua dari
kanan) ketika hadir di Mahkamah Majistret
Petaling Jaya.
AMINUDDIN (dua dari kanan) ketika hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia