Harian Metro

‘Piala Dunia’ 16 daerah

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

Polis Selangor menahan 166 individu yang dipercayai terbabit dengan kegiatan perjudian Piala Dunia 2018 menerusi Op Soga bermula 15 Jun hingga 8 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, semua mereka ditahan dalam 146 serbuan membabitka­n 16 daerah di negeri ini.

Menurutnya, premis di Bandar Damai Perdana, Kajang yang dijadikan pusat pengiraan pertaruhan turut diserbu sepasukan anggota polis pada 30 Jun lalu.

“Dalam serbuan di premis itu, polis merampas 17 CPU, 34 skrin komputer, 14 telefon pintar dan modem.

“Seramai 11 individu iaitu sembilan warga tempatan dan dua warga asing turut ditangkap di premis berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Beliau berkata, rampasan wang tunai RM27,900 dan jumlah pertaruhan yang direkodkan menerusi semua serbuan itu RM1.2 juta.

“Sebanyak 146 kertas siasatan

 166 individu terbabit judi ditahan menerusi Op Soga dengan jumlah pertaruhan RM1.2 juta

dibuka di bawah Seksyen 6(1), Seksyen 6(3) dan Seksyen 4(1) Akta Pertaruhan 1953.

“Pihak polis akan memperting­katkan operasi menjelang perlawanan separuh akhir Piala Dunia yang akan berlangsun­g bagi mengawal aktiviti perjudian ini,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN (tengah) menunjukka­n barang yang dirampas ketika sidang media Op Soga 2018 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
MAZLAN (tengah) menunjukka­n barang yang dirampas ketika sidang media Op Soga 2018 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia