Harian Metro

Gesa tidak mansuh AP Bumiputera

-

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menggesa kerajaan supaya tidak memansuhka­n dasar Permit Import (AP) yang dinikmati syarikat penjual kereta import Bumiputera di negara ini.

Presidenny­a, Datuk Zainuddin Abd Rahman berkata, apa yang perlu diberi perhatian kerajaan adalah menghapusk­an bayaran yang dikenakan dasar AP terbuka sebanyak RM10,000.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada PEKEMA, pihaknya berharap bayaran terbabit dihapuskan kerajaan dalam memantapka­n sistem berkenaan.

“Sehingga kini terdapat kira-kira 800 AP dalam negara yang ditawarkan secara percuma dan yang menjadi persoalan ialah bagi AP terbuka, kenapa ia perlu dibayar?

“Kerajaan terdahulu turut berjanji 40 peratus daripada kutipan bayaran itu akan disalurkan kepada PEKEMA bagi kegunaan ahli kita untuk melakukan usaha menaik taraf pusat pameran dan sebagai modal niaga.

“Malah, 40 peratus akan digunakan bagi membantu membiayai usahawan Bumiputera yang mahu menceburi perniagaan automotif dan baki 20 peratus kepada Institut Automotif Malaysia (MAI).

“Bagaimanap­un, perkara berkenaan tidak berlaku kerana bagi ahli PEKEMA, tidak sampai satu peratus pun yang dapat dan hanya MAI yang perolehnya,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan bersama Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) di sini, semalam.

Bagi tempoh 2010 sehingga 2017, kutipan bayaran AP terbuka mencecah sehingga RM2.7 bilion.

 ?? Zainuddin ?? Kerajaan terdahulu turut berjanji 40 peratus daripada kutipan bayaran itu akan disalurkan kepada PEKEMA bagi kegunaan ahli melakukan usaha menaik taraf pusat pameran dan sebagai modal niaga”
Zainuddin Kerajaan terdahulu turut berjanji 40 peratus daripada kutipan bayaran itu akan disalurkan kepada PEKEMA bagi kegunaan ahli melakukan usaha menaik taraf pusat pameran dan sebagai modal niaga”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia