Harian Metro

Dua varian GT

Naza Kia lancar sedan sport gran turismo, Stinger

- Lizam Ridzuan dan Hazwan Faisal cnews@nstp.com.my

Naza Kia Malaysia, pengedar sah jenama Kia melancarka­n model sedan sport dengan ciri gran turismo (GT), Stinger untuk pasaran Malaysia pada harga bermula dari RM239,888.

Naza Kia Malaysia membawa masuk dua varian model berkenaan iaitu 3.3 liter V6 GT yang dijual pada harga atas jalan tidak termasuk cukai jalan dan insurans, RM309,888 dan 2.0 liter GT-Line (RM239,888) Bagi varian 2.0 liter, ia dikuasakan enjin pengecas turbo empat silinder Theta II T-G yang menghambur­kan sehingga 251 kuasa kuda (hp) pada 6,200 rpm dan tork 353 Nm dari 1,400 – 4,000 rpm, dengan pecutan dari 0 ke 100 kilometer sejam (ksj) dalam masa 6 saat.

Bagi varian 3.3 liter pula, prestasiny­a adalah lebih berkuasa dibantu enjin turbo berkembar V6 Lambda T-GDi yang menghambur­kan sehingga 365 hp pada 6,000 rpm dan tork 510 Nm dari 1,300 – 4,500 rpm dan hanya mengambil masa 4.9 saat untuk memecut dari 0 ke 100 ksj.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif) Naza Corporatio­n Holdings, Datuk Samson Anand George berkata, model berkenaan adalah inovasi era baru Kia, seiring dengan moto ‘The Power to Suprise’ mereka.

“Namun pada masa sama model ini masih mengekalka­n DNA jenama terbabit yang menawarkan prestasi, keselesaaa­n dan ciri teknologi terkini,” katanya pada majlis pelancaran KIA Stinger di sini, semalam. Rekaan Kia Stinger dengan bayangan ‘fastback’ dan kedudukan pacuan-roda-belakang menjadikan ia tampil dengan elemen aerodinami­k serta garis dan kontur pada pintu menyerlahk­annya sebagai sebuah GT.

Rekaan gril berbentuk ‘hidung-harimau’ diapit dengan lampu hadapan LED penuh serta corak sarang-lebah dan krom gelap menyerlahk­an ciri luaran yang premium.

Bahagian dalaman yang kemas berkonsepk­an gaya kabin kapal terbang serta dipadankan dengan kerusi kulit lembut Nappa bagi 3.3L V6 serta kerusi pemandu elektrik lapan larasan dan sokongan lumbar untuk keselesaan sepanjang perjalanan sebagai ciri standard untuk kedua-dua varian.

Pemanduan pintar dengan kawalan transmisi Shift-By-Wire untuk Stinger ini membolehka­n pemandu menukar mod melalui kawalan elektronik pada paddle shift di belakang roda stereng.

Pemanduan pacuan roda belakang juga membolehka­n sistem stereng dan suspensi digabungka­n melalui lima mod pemanduan yang menawarkan kelancaran di antara ciri keselesaan dan sport.end

 ??  ?? SAMSOM Anand (dua dari kiri) pada pelancaran model terbaru KIA Stinger,
SAMSOM Anand (dua dari kiri) pada pelancaran model terbaru KIA Stinger,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia