Harian Metro

Sasar pertumbuha­n 20% perniagaan emas

-

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menyasarka­n pertumbuha­n 20 peratus kepada RM110 juta bagi segmen perniagaan emasnya melalui Akaun Muamalat Gold-i (MGi) dan Muamalat Gold-i Fizikal pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, syarikat dilihat mampu mencapai jumlah itu berdasarka­n permintaan terhadap emas yang semakin baik dan pertumbuha­n dicatatkan segmen itu sejak mula diperkenal­kan dua tahun lalu.

Menurutnya, Bank Muamalat berjaya mencatatka­n jualan 500 kilogram atau bersamaan RM90 juta membabitka­n emas fizikal dan akaun emas dengan 32,000 pemegang dalam tempoh 24 bulan lalu.

“Kami menawarkan emas sebagai satu kaedah pelaburan alternatif bukan saja dalam bentuk emas fizikal malah akaun deposit dan pajak gadai Ar-Rahnu,” katanya pada majlis hari raya korporat dan pengumuman pemenang hadiah utama kempen akaun simpanan Oh Yeah! Hartawan Emas Bank Muamalat di sini, semalam.

Muamalat Gold-i Fizikal mula diperkenal­kan di pasaran dua tahun lalu di mana ia memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai pasaran komoditi logam melalui tawaran emas fizikal 24 karat dan 99 peratus asli dari Australia.

MGi pula mula diperkenal­kan sejak sembilan bulan lalu di mana ia menawarkan pelaburan serendah RM10 bagi satu gram emas di mana logam itu berfungsi sebagai deposit dalam akaun pelanggan dan membolehka­n mereka mendapat unit dalam bentuk emas.

Beliau berkata, sekarang adalah masa terbaik untuk melabur dalam emas memandangk­an situasi ekonomi semasa yang tidak menentu, sekali gus menyebabka­n nilai mata wang terjejas.

“Situasi terbabit membuatkan individu atau institusi perlu melihat kepada kepelbagai­an sumber pelaburan yang pelbagai termasuk emas,” katanya.

Mengulas keadaan industri kewangan semasa, Mohd Redza berkata, setiap tindakan atau proses yang sedang dilakukan oleh kerajaan perlu telus supaya keyakinan daripada pelabur kembali pulih.

“Perubahan kerajaan semasa tidak memberi impak kepada industri kewangan selagi mereka terus menyokong industri kewangan melalui pelbagai insentif pada pembentang­an bajet akan datang yang mampu memacu pertumbuha­n ekonomi negara.

“Dalam masa sama, pelantikan gabenor baru juga dijangka tidak memberi kesan kepada industri kewangan. Kami yakin polisi sedia ada akan diteruskan dan kalau ada penambahba­ikan ia adalah untuk proses tadbir urus korporat yang lebih baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia