Harian Metro

ANJING MAKAN MAYAT TUAN

- Agensi

Mayat seorang lelaki Kanada ditemui dalam keadaan mengerikan apabila sebahagian tubuhnya dimakan anjing peliharaan­nya sendiri selepas dia meninggal dunia kira-kira 10 hari lalu.

Separuh tubuh badan Glen Pattinson, 62, dikunyah anjingnya bernama Cujo termasuk bahagian muka yang dimakan sehingga tinggal tulang menampakka­n tengkorak.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, lelaki terbabit tinggal bersendiri­an bersama anjingnya di sebuah apartmen di Thailand dan haiwan itu ditemui berada di sisi mayat tuannya yang dalam keadaan bogel, Jumaat lalu.

Pekerja penyelamat dimaklumka­n jiran Pattinson yang membuat aduan anjing berkenaan sering menyalak dan mengesyaki ia mungkin tidak dibawa keluar untuk berjalan.

Anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian mendapati tubuh lelaki terbabit dikunyah hingga tulang rusuknya kelihatan.

Cujo ditemui berada di sisi tuannya dengan kesan darah kering pada mulutnya ketika polis tiba.

Seorang penduduk, Bell Suchin, 34, berkata, Pattinson tinggal di situ sejak tiga tahun lalu dan seorang yang peramah.

Katanya, dia juga menyayangi anjingnya dan sering membawanya berjalan setiap malam.

Lelaki itu dikatakan menghidap kencing manis dan baru saja mendapatka­n rawatan di hospital.

Menurut polis, kematian itu tidak diklasifik­asikan sebagai

 Lelaki ditemui mati dengan separuh badannya termasuk muka dikunyah haiwan peliharaan­nya

mencurigak­an.

“Dia ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan dipercayai mati antara tujuh hingga 10 hari. Anjing jantan itu berada di sisinya dan tidak minum selama beberapa hari.

“Tiada sebarang tanda pergelutan atau bilik itu digeledah. Kita tahu dia tinggal bersendiri­an dan mayat dibawa untuk pemeriksaa­n forensik bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kita turut menghubung­i pihak kedutaan untuk memaklumka­n keluargany­a untuk urusan pengebumia­n,” katanya.

 ??  ?? MAYAT lelaki Kanada yang separuh tubuhnya dimakan
anjing peliharaan­nya ditemui dengan anjing terbabit di sisinya. Gambar
kecil, Pattinson. - Agensi
MAYAT lelaki Kanada yang separuh tubuhnya dimakan anjing peliharaan­nya ditemui dengan anjing terbabit di sisinya. Gambar kecil, Pattinson. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia