Harian Metro

Korban banjir di Jepun meningkat

-

Tokyo: Jumlah korban akibat hujan luar biasa yang melumpuhka­n barat Jepun dengan banjir dan tanah runtuh, meningkat kepada 156 semalam.

Ribuan anggota pasukan penyelamat bertungkus-lumus dalam mencari dan menyelamat bencana cuaca paling buruk dalam tiga dekad Jepun, dengan puluhan masih hilang.

Menurut pihak berkuasa, lebih 70,000 anggota penyelamat, termasuk polis, bomba serta tentera bertungkus-lumus mengesan mangsa yang mungkin terperangk­ap di dalam rumah yang dilanda tanah runtuh.

Hujan lebat yang berterusan sejak minggu lalu, sudah berhenti, manakala banjir semakin surut.

Jumlah kematian itu adalah yang terburuk pernah dicatat dalam bencana banjir, sekali gus memaksa Perdana Menteri Shinzo Abe membatalka­n lawatannya ke Eropah dan Asia Barat minggu ini.

Abe dijangka melawat kawasan bencana berkenaan pada hujung minggu.

Operasi menyelamat kini tertumpu di kawasan yang sebelum ini terputus akibat banjir dan tanah runtuh.

Ratusan penduduk yang berlindung di bumbung kediaman masing-masing ketika paras air meningkat kini menjadi tumpuan pasukan penyelamat. Pusat pemindahan sementara juga sesak dengan ribuan mangsa, manakala pihak berkuasa menyediaka­n bekalan air serta kemudahan mandi untuk penduduk yang terputus bekalan air.

Pihak berkuasa bimbang cuaca panas selepas hujan berhenti akan membawa gelombang haba dengan suhu sehingga lebih 35 darjah Celsius yang memudaratk­an berikutan pendingin hawa tidak boleh digunakan kerana sebahagian besar penduduk masih terputus bekalan elektrik.

Kerajaan memperuntu­kkan kira-kira AS$20 juta bagi membantu mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia