Harian Metro

Doktor tidak izin ke Moscow tonton Piala Dunia

-

Chiang Rai, Thailand: Kumpulan remaja yang diselamatk­an selepas terperangk­ap selama lebih dua minggu dalam gua di Thailand mungkin tidak dapat memenuhi undangan ke perlawanan akhir Piala Dunia kerana mereka masih terlalu lemah untuk mengembara ke Russia.

Menteri kesihatan awam Thailand, Dr Jedsada Chokdamron­gsuk berkata, semua mangsa yang diselamatk­an itu berada masih lagi lemah kerana kekurangan nutrisi tetapi tetap ceria apabila sering ketawa dan bergurau dengan petugas kesihatan.

“Semua mangsa perlu dirawat di hospital untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi dan kemungkina­n tidak sempat sihat sepenuhnya untuk ke Russia bagi menonton perlawanan akhir Piala Dunia pada Ahad ini.

“Namun, mereka pasti boleh menonton perlawanan itu di televisyen,” katanya.

Kisah 12 pemain bola sepak remaja dan jurulatih mereka yang terperangk­ap di dalam gua di utara Thailand mendapat simpati dunia hingga Presiden FIFA, Gianni Infantino menjemput mereka menyaksika­n perlawanan akhir paling berprestij berkenaan.

Jedsada memberitah­u, dua mangsa dirawat kerana mengalami jangkitan paru-paru dan enam lagi mengalami hipotermia akibat berada terlalu lama dalam persekitar­an yang sejuk dan lembap.

“Mereka mungkin mengalami hipotermia kerana menyelam selama beberapa jam tetapi kini suhu badan mereka sudah mencapai tahap normal. Mereka juga diberi antibiotik,” ujarnya.

Doktor juga mengambil sampel darah daripada semua mangsa untuk dianalisis bagi mengesan penyakit.

Menurut Jedsada, pada masa ini keluarga perlu berada sejauh dua meter dari mangsa dan mesti memakai topeng muka serta jubah ketika melawat mereka. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia