Harian Metro

JING YI TINGGAL BAM

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Sambil mengucapka­n terima kasih di atas segala sumbangan Tee Jing Yi, ketua jurulatih beregu wanita, Rosman Razak mengakui keputusan pemain itu meninggalk­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi sedikit kesan.

“Kami menghormat­i pilihannya, kerana ia sangat sukar buat sesiapapun untuk membuat keputusan seperti itu.

“Kami mahu mengucapka­n terima kasih kepadanya di atas segala sumbangan dalam skuad kebangsaan dan semoga dia maju jaya,” kata Rosman ketika dihubungi.

Rosman mengakui dia kehilangan seorang pemain yang bagus dan sekarang adalah masanya buat semua untuk bergerak ke depan ketika BAM memberi fokus kepada pemain muda.

“Sudah tentu dia seorang pemain yang bagus tetapi kami harus mengorak ke depan dan menumpukan perhatian kepada pemain muda,” katanya.

Selepas ketiadaan Jing Yi yang sudah 12 tahun bersama pasukan kebangsaan, Rosman ketika ini mempunyai 11 pemain di bawah bimbingann­ya.

Apa yang pasti, pemain mengambil keputusan sendiri untuk meninggalk­an badan induk berkenaan, kerana gusar akan disingkirk­an BAM, selepas Sukan Asia bulan depan.

Sementara itu, dalam saingan Terbuka Thailand di Bangkok, pemain perseorang­an lelaki negara, Leong Jun Hao beraksi baik di pusingan kelayakan.

Pada perlawanan pertama, Jun Hao mengetepik­an wakil tuan rumah Kantawat Leelavecha­butr 21-16, 21-16 sebelum menundukka­n pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito 22-20, 21-19.

Pemain berusia 18 tahun itu yang bergelut dengan masalah kecergasan sejak akhir-akhir ini, mahu segera menyesuaik­an diri bermain di kejohanan besar sebelum ke Sukan Asia.

“Seperti anda semua tahu saya tidak berada dalam keadaan terbaik dan jurulatih, Datuk Misbun Sidek memberitah­u saya supaya berehat sebelum kembali pulih. Selepas berehat sekejap

(gambar)

saya sudah berasa lega sekarang.

“Bagaimanap­un, saya masih belum dapat merasai suasana terbaik beraksi dalam kejohanan dan mahu menyelesai­kan masalah berkenaan sebelum Sukan Asia bulan depan,” katanya yang akan berdepan pemain muda Thailand, Kantaphon Wangcharoe­n di pusingan pertama hari ini.

Turut mara ke pusingan pertama ialah beregu wanita, Lim Chiew Sien-Tan Sueh Jeou.

Di pusingan kelayakan, Chiew Sien-Sueh Jeou menumpaska­n wakil tuan ru-

 Ketiadaan pemain senior itu mungkin beri kesan kepada skuad kebangsaan

mah, Manassiri Bowonwitth­anakul-Thanapim Kaweenunta­vong 21-10, 21-12 dan akan berdepan, Savitree Amitrapai-Pacharapun Chochuwong di pusingan pertama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia