Harian Metro

JDT memang bisa

-

 Harimau Selatan baham Bos Gaurus di laman sendiri

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahka­n gelaran juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut di Stadium Perak, malam tadi apabila menang 2-1 ke atas tuan rumah.

Safawi Rasid muncul wira JDT apabila meledak jaringan kemenangan pada minit ke-83 yang membolehka­n skuad Harimau Selatan melakar sejarah baru dalam arena bola sepak negara.

Perak yang sebelum ini mahu ‘melambatka­n’ pesta keraian JDT, seakan mengotakan janji itu apabila Mohd Nor Hakim Hassan membuka jaringan pada minit ke-72.

Walaupun ketinggala­n, JDT terus mengasak dan hanya tiga minit berselang, Hariss Harun tampil menyamakan kedudukan.

Biarpun berusaha keras untuk mendapatka­n gol penyamaan, ia masih belum cukup buat anak buah Mehmet Durakovic malah, mereka juga mensia-siakan peluang untuk terus berada selesa di kedudukan kedua liga di belakang JDT.

“Kami melakukan yang terbaik hari ini, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk datang dan bermain di sini. Kami berjaya melakukann­ya walaupun ketinggala­n dengan gol awal tuan rumah.

“Ini adalah gelaran kali kelima kami dan kami akan meraikanny­a,” kata Hariss.

Nada gembira turut dihamburka­n pengendali JDT, Raul Longhi yang nyata lega apabila pemainnya berjaya bangkit untuk menukar keputusan malam tadi.

“Pemain percaya dengan apa yang kami cuba lakukan, kami cuba menang walaupun ketinggala­n. Pemain bertarung hingga 95 minit permainan sebagai satu pasukan.

“Kadangkala sesuatu perlawanan itu amat sukar. Pada babak pertama kami bermain baik tetapi tidak menjaringk­an gol.

“Begitupun, kami berjaya melakukann­ya dan kami mahu menang untuk bos kami, Tunku Mahkota Johor, saya tahu beliau pasti gembira,” katanya.

 ?? FOTO: ?? PEMAINJDT meraikan kemenangan selepas menjinakka­n Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
FOTO: PEMAINJDT meraikan kemenangan selepas menjinakka­n Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia