Harian Metro

PKNP sedia baham Tok Gajah

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: PKNP FC bertandang ke Kuantan dengan misi untuk meraih mata maksimum daripada dua perlawanan Liga Super minggu ini, bermula dengan aksi menentang juara Piala FA, Pahang, di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Dengan liga semakin menuju ke penghujung, pengendali pasukan, Abu Bakar Fadzim (gambar) menyifatka­n baki perlawanan ibarat perlumbaan pecut yang memerlukan setiap pasukan membuat henjutan.

“Ini minggu penting buat kami kerana mempunyai dua perlawanan di gelanggang lawan. Setiap mata yang dikutip amat berharga.

“Selepas Pahang, kami terus ke Seremban untuk menghadapi Negeri Sembilan pada hari Sabtu.

“Saya berharap pemain cekal menghadapi kepayahan dan kesusahan ini,” katanya.

Abu Bakar berkata, misi pasukan itu ialah kekal dalam Liga Super 2019.

Sehubungan itu, katanya, baki enam perlawanan yang masih ada perlu dimanfaatk­an sebaik mungkin.

Mengenai pertemuan dengan Pahang, Abu Bakar berkata, beliau akan dapat menurunkan kesebelasa­n utama selepas semua disahkan bebas kecederaan dan penggantun­gan.

Katanya, pemain PKNP FC tahu kemampuan lawan kerana sudah bertemu tiga kali sebelum ini dengan mereka tumpas dua kali serta seri sekali.

“Kami akan berusaha beri tentangan kepada Pahang biarpun sedar mereka memiliki kelebihan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia