Harian Metro

Dollah harap keajaiban

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Juara Piala FA, Pahang mengesahka­n empat pemain utama skuad itu tidak beraksi apabila melayan kunjungan PKNP FC di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Mereka adalah kapten pasukan, Matthew Davies, Patrick Cruz, Mohd Faisal Rosli dan Muslim Ahmad gara-gara penggantun­gan serta kecederaan.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, ketiadaan empat pemain itu amat dirasai selepas mereka membantu Pahang menjulang Piala FA, hujung minggu lalu.

“Namun, saya percaya aura Piala FA akan membantu Pahang untuk memastikan kemenangan, sekali gus meraih tiga mata dan memperbaik­i kedudukan dalam liga.

“Sudah pasti kami mahu pastikan PKNP pulang hampa walaupun tanpa empat pemain utama. Kemenangan juga penting kerana kami mahu menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Super musim ini,” katanya.

Dollah menuntut anak buahnya supaya mempamer aksi lebih meyakinkan dan kejayaan menewaskan Selangor di final Piala FA perlu dijadikan pencetus kebangkita­n buat pasukan selepas menghadapi pelbagai cabaran terutama kecederaan.

“Saya percaya dengan komitmen semua pemain dan mereka yang disenaraik­an pada pertemuan dengan PKNP diharap dapat membantu mengutip tiga mata.

“Saya juga menjangkak­an PKNP akan memberi saingan sengit kerana mereka sudah pasti mahu beraksi dalam kempen Piala Malaysia musim ini,” katanya.

 ??  ?? AKSI Dollah (tengah) pada saingan akhir Piala FA baru-baru ini.
AKSI Dollah (tengah) pada saingan akhir Piala FA baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia