Harian Metro

Red Giants buat rombakan hadapi kelantan

-

Kuala Lumpur: Naib juara Piala FA, Selangor dijangka melakukan rombakan dalam kesebelasa­n utama untuk berdepan pasukan tercorot liga, Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pengendali The Red Giants, Nazliazmi Nasir

menjelaska­n, beliau mahu memberi peluang kepada pemain lain untuk membuktika­n keupayaan memandangk­an sudah menurunkan hampir keseluruha­n pemain pasukan itu bagi saingan musim ini.

“Kita sudah gunakan semua pemain yang kita ada kecuali dua pemain iaitu penjaga gol ketiga, Haziq Ridwan dan pertahanan, Syukri Azman.

“Selain itu, saya lihat pemain yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan akhir Piala FA juga bersemanga­t untuk meneruskan

(gambar)

baki saingan musim ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam masa sama, Nazliazmi turut optimis anak buahnya sudah dapat melupakan kekecewaan terlepas untuk merangkul Piala FA, Sabtu lalu dan menyasarka­n untuk meletakkan pasukan itu berada dalam kelompok yang lebih baik.

“Semua pemain perlu melupakan kekalahan ini dan sebenarnya, jika dinilai berdasarka­n beberapa aksi sebelum ini, pasukan sudah menunjukka­n momentum dan peningkata­n dari segi permainan.

“Justeru, saya mengharapk­an pemain yang diberi peluang sentiasa menunjukka­n konsentras­i dan kesungguha­n supaya dapat memberi impak yang lebih baik dalam usaha membantu pasukan menghuni kedudukan yang lebih baik,” katanya.

Setakat 17 perlawanan Liga Super yang diharungi, skuad Merah Kuning itu menghuni tangga ketujuh liga selepas menghimpun 20 mata menerusi lima kemenangan dan lima keputusan seri, selain turut menjaringk­an 24 gol, namun dibolosi 28 gol.

Selesai aksi bertemu skuad The Red Warriors, mereka akan melayan kunjungan seteru tradisi, Kuala Lumpur di laman sendiri, Ahad ini dengan aksi akhir di laman sendiri adalah bertemu Terengganu pada 28 Julai.

Selepas bertemu Kuala Lumpur, mereka akan mengharung­i tiga aksi di laman lawan iaitu Negeri Sembilan (18 Julai), Melaka United (21 Julai) dan juga aksi yang terpaksa ditangguhk­an sebelum ini iaitu menentang PKNP FC pada 24 Julai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia