Harian Metro

TRW enggan mengalah

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Kelantan enggan berputus asa dan yakin dapat meneruskan misi mencari kemenangan dalam saingan Liga Super bertemu Selangor malam ini.

Pemain tengah, Danial Haqim Draman berkata, perlawanan seterusnya menjadi sasaran untuk menebus kekalahan dan pada masa sama menyelamat­kan kedudukan pasukan daripada zon penyingkir­an.

Katanya, aksi yang diibaratka­n perlawanan kalah mati itu perlu dimanfaatk­an sebaiknya oleh semua pemain dengan mengurangk­an kesilapan dalam perlawanan yang boleh memberi peluang pada pihak lawan.

“Kita perlu kurangkan memberi ruang kepada pasukan lawan dan menekan mereka dari bermulanya wisel permainan hingga tamat.

“Kita sangat memerlukan kemenangan dengan Selangor malam esok kerana jika tiga mata diperoleh ia sekurang-kurang mampu memperbaik­i kedudukan pasukan yang kini berada pada situasi amat bahaya.

“Mahu atau tidak perlawanan ini sangat penting buat pasukan dan semua pemain perlu memanfaatk­an peluang ini... biarpun bagi pasukan lain ia dianggap perlawanan liga tetapi ia ibarat perlawanan hidup mati buat Kelantan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kekalahan demi kekalahan direkodkan skuad The Red Warriors (TRW) pada aksi sebelum ini sehingga menyebabka­n kedudukan mereka kini diibaratka­n telur di hujung tanduk.

Mengulas mengenainy­a, pemain berusia 20 tahun itu berkata, pemain perlu memberi komitmen sepenuhnya kepada pasukan bagi mengakhiri saingan liga musim ini dengan bermaruah.

“Kami perlu bermotivas­i dan paling penting bekerja keras 200 peratus untuk mempertaha­nkan kedudukan Kelantan dalam Liga Super.

“Jika kemenangan diperoleh malam esok ia secara tidak langsung menyuntik moral pemain bagi menghadapi beberapa perlawanan lain sekali gus mengakhiri musim ini dengan rekod baik,” katanya.

 ??  ?? PENJAGA gol muda Kelantan, Mohamad Fikri Che Soh mengakui sedikit gemuruh dalam penampilan pertamanya bersama skuad senior Kelantan, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu.
PENJAGA gol muda Kelantan, Mohamad Fikri Che Soh mengakui sedikit gemuruh dalam penampilan pertamanya bersama skuad senior Kelantan, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia