Harian Metro

Serena mara ke suku akhir Wimbledon

-

London: Serena Williams mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Wimbledon buat kali ke-13 selepas juara tujuh kali itu menewaskan pemain pusingan kelayakan dari Russia, Evgeniya Rodina 6-2, 6-2, semalam.

Serena yang muncul juara pada 2015 dan 2016 kini menang 18 perlawanan berturut-turut di Kelab All England.

Selepas tidak menyertai Wimbledon tahun lalu kerana mahu menumpukan kepada kelahiran bayinya pada September, Serena kini pemain pilihan menjuarai Grand Slam pertamanya sejak bergelar ibu.

Pemain berusia 36 tahun itu akan menentang pemain ke-52 dunia dari Itali, Camila

(gambar)

Giorgi untuk memburu tempat ke separuh akhir.

Ketika ditanya adakah itu permainan terbaiknya, Serena ternyata belum berpuas hati.

“Saya sukakan kesempurna­an, saya selalu nampak yang salah,” katanya.

“Ini perlawanan yang menarik. Dia memukul bola dengan baik. Itu puncanya dia boleh mara sejauh ini. Kemenangan yang baik tetapi agak sukar walaupun nampak mudah,” katanya.

Kemenangan itu adalah yang ke-90 dalam karier Wimbledon Serena, antara pemain wanita paling aktif yang kini menduduki ranking ke-181 WTA dan dijangka kembali ke senarai 100 teratas minggu depan.

Selepas kelahiran anaknya,

Karolina yang diletakkan pilihan ketujuh menjadi pemain di pilihan terbaik paling tinggi mara ke peringkat 16 terbaik selepas minggu penuh mengejutka­n tetapi harapannya turut berkecai di Gelanggang Dua.

Malah, dia turut menolak pandangan yang mengatakan­nya mensia-siakan peluang ketika diletakkan harapan tinggi untuk merangkul kejuaraan.

“Ia bukannya perjalanan yang mudah sehingga ke final,” kata pemain berusia 26 tahun itu. “Kamu masih perlu menewaskan pemain-pemain Olympia, prestasi Serena merudum dalam beberapa kejohanan dan terpaksa menarik diri dari Terbuka Perancis, baru-baru ini akibat kecederaan dada.

Bagaimanap­un, prestasiny­a kembali menyerlah dan beberapa kekalahan mengejut beberapa pemain pilihan bagaikan tuah buatnya di Wimbledon.

Garbine Muguruza, Maria Sharapova, Simona Halep, Petra Kvitova, Venus Williams, Caroline Wozniacki dan Sloane Stephens, semuanya tersingkir lebih awal.

Pertama kali dalam sejarah Wimbledon tiada seorang pun dalam kalangan 10 pemain pilihan mara ke suku akhir.

Serena, pilihan ke-25 menentang Evgeniya, pemain ranking ke-120 yang juga seorang ibu dan menganggap Serena adalah idolanya. Reuters lain. Saya tidak fikir undiannya adalah terbuka.

“Ini mungkin perlawanan yang saya sepatutnya menang. Mungkin jika saya bermain sedikit baik saya boleh menang. Ia bukannya sesuatu yang kamu boleh dapat secara percuma.

“Kecewa dengan kekalahan ini tetapi bukannya terhadap undian.”

Lawan Kiki bagi memburu tempat ke peringkat separuh akhir ialah pilihan ke-13, Julia Goerges dengan pemain Jerman itu mara selepas menewaskan pemain Croatia, Donna Vekic. - Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia