Harian Metro

Kejutan Nishikori

- AFP

Kei Nishikori muncul selaku pemain lelaki pertama Jepun yang mara ke suku akhir Wimbledon selepas 23 tahun dan dia pantas menjangkak­an ‘peperangan’ dengan Novak Djokovic bagi memburu slot ke pusingan empat terbaik.

Nishikori, 28, mengatasi masalah kecederaan lengan untuk melangkah ke suku akhir pertamanya di Kelab All England dengan meraih kemenangan 4-6, 7-6 (7/5), 7-6 (12/10), 6-1 ke atas pemain Latvia, Ernests Gulbis.

Bbiarpun muncul lelaki pertama Jepun mara ke suku akhir sejak Shuzo Matsuoka melakukann­ya pada 1995, Nishikori kini perlu mengatasi rekod kekalahan 13-2 di tangan juara tiga kali Djokovic, hari ini.

“Dia sentiasa seperti satu peperangan besar buat saya.

(gambar)

Saya sentiasa menikmati permainan menentangn­ya. Ia sentiasa menjadi satu cabaran besar,” kata Nishikori.

Pemain Jepun itu sudah pun tewas dua kali kepada bekas nombor satu dunia itu tahun ini - di gelanggang tanah liat di Madrid dan Rom.

Meskipun masing-masing belum pernah bertemu di gelanggang rumput, Nishikori masih kekurangan pengalaman apatah lagi dua daripada kemenangan­nya ke atas pemain pemain Serb itu adalah pada 2014 dengan paling manis, menewaskan­nya di separuh akhir di Terbuka Amerika Syarikat.

“Mungkin saya tidak meraih keputusan yang baik ataupun rekod baik dengannya, tetapi sentiasa menikmati permainan dengannya. Dia salah seorang pemain terbaik dalam jelajah.”

Menambahka­n lagi cabaran perlawanan nanti adalah masalah kecederaan lengan kanan dialami Nishikori

 Pemain lelaki pertama Jepun mara ke suku akhir sejak 1995

yang menyaksika­n dirinya memerlukan rawatan ketika meraih kemenangan ke atas Gulbis - pemain yang menyingkir­kan pilihan keempat, Alezander Zverev di pusingan ketiga.

“Siku saya sedikit mengganggu permainan,” akui Nishikori.

“tetapi, ia semakin baik dan saya hanya cuba kekal tenang dan berjuang dalam setiap permainan.”

 ??  ?? NISHIKORI berjaya mengatasi masalah kecederaan lengannya.
NISHIKORI berjaya mengatasi masalah kecederaan lengannya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia