Harian Metro

Can angkat kaki

- Reuters

Emre Can berkata, dia memilih meninggalk­an Liverpool untuk menyertai juara Itali, Juventus kerana tertarik dengan kemampuan kelab itu mencabar kejuaraan secara konsisten selain sasaran tinggi mereka.

Pemain Jerman itu menyertai Liverpool pada 2014 dan beraksi buat kali ke-167 dan terakhir buat kelab Liga Perdana Inggeris itu sewaktu tewas kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara, Mei lalu.

“Kelab itu (Juventus) mempunyai hubungan rapat dengan ejen saya sejak bertahun-tahun lamanya. Saya sedar betapa besarnya kelab dan mentaliti yang dimiliki mereka yang sentiasa dahagakan kejuaraan.

“Itulah mentaliti saya. Saya datang ke sini untuk menjulang gelaran,” kata pemain berusia 24

tahun itu.

“Saya fikir sasaran pertama saya adalah menjuarai Serie A dan kemudian Liga Juara-Juara. Ia perlu menjadi sasaran kami. Saya di sini untuk membantu pasukan.

“Saya memutuskan untuk datang ke Juventus kerana saya fikir ia projek yang besar. Mereka mempunyai sasaran yang besar. Saya mahu menjadi sebahagian daripada projek itu di sini.” Juventus mendominas­i bola sepak Itali sejak bertahun-tahun lamanya, di mana skuad gergasi Serie A itu menjulang gelaran itu sepanjang tujuh musim terakhir dan melengkapk­an dua gelaran sepanjang tempoh empat tahun terakhir.

Bagaimanap­un, kelab Itali itu gagal melebarkan penguasaan mereka di pentas Eropah, kali terakhir Juventus itu menjulang trofi Liga Juara-Juara itu pada 1996.

Can berkata perpindaha­nnya turut didorong rasa kagumnya terhadap Juventus sejak sekian lama, termasuk menyaksika­n idolanya yang juga legenda Perancis, Zinedine Zidane bermain dengan kelab Itali itu.

 Bekas pemain tengah Liverpool tertarik dengan kemampuan Juventus dominasi bola sepak Itali

 ??  ?? CAN sertai Liverpool pada 2014.
CAN sertai Liverpool pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia