Harian Metro

Southgate dilema cari rentak jinakkan Croatia GEMILANG 1966

- AFP

Repino: Pengurus England, Gareth Southgate berada dalam dilema bagi mencari pendekatan taktikal terbaik England untuk menjinakka­n Croatia pada separuh akhir Piala Dunia di Moscow.

Kehebatan Croatia menerusi pemain tengahnya tidak boleh disangkal lagi dengan gandingan pemain Barcelona, Ivan Rakitic dan juga pemain Real Madrid, Luka Modric sementara England cuma mengharapk­an satu pemain tengah, Jordan Henderson.

Sistem Southgate menggunaka­n tiga pemain melakukan serangan di bahagian belakang dan sekitar penyerang, Harry Kane dengan kesemuanya akan membantu bahagian pertahanan apabila pasukan tidak memiliki bola.

Ini bermakna Jesse Lingard, Dele Alli dan Raheem Sterling – tidak ada seorang pun yang dikenali dengan memiliki pertahanan yang kuat, perlulah melakukan sesuatu untuk menyekat lawan.

Setakat ini, semua percaturan mereka berjalan lancar dengan mengambil tanggungja­wab dan beban yang besar, Henderson beraksi dengan cemerlang dan trio serangan itu sudah cukup memastikan pasukan tidak tewas.

Tetapi dengan Rakitic dan juga Modric bermain di tengah dan Andrej Kramaric membantu penyerang, Mario Mandzukic, ancaman barisan pemain tengah Croatia adalah sesuatu yang perlu dikhuatiri England.

Pilihan yang jelas buat Southgate adalah memperkuat­kan kawasan pemain tengah dengan membawa masuk Eric

Dier bagi membantu Henderson.

Ini bermakna dia perlu mengorbank­an salah seorang daripada trio pemain tengah serangan. Bagaimanap­un ia akan menyebabka­n risiko dalam keseimbang­an formasi pasukan sekali gus mengurangk­an sentuhan mereka terhadap bola. – Reuters

Moscow

Kapten England, Harry Kane cuba mencari inspirasi daripada wira kejayaan Piala Dunia 1966 dalam usaha membantu pasukannya melakar kegemilang­an di Russia.

Penyerang Tottenham itu menjadi penjaring terbanyak kejohanan setakat ini apabila meledak enam gol, meletakkan­nya sebaris dengan rekod Gary Lineker pada 1986 menjelang aksi separuh akhir menentang Croatia, awal pagi esok.

Kane menjadi pemain ketiga negaranya meledak hatrik di Piala Dunia ketika menewaskan Panama 6-1, sekali gus menyertai

Lineker dan Geoff Hurst, bintang yang menyinar pada aksi final 1966 ketika England menewaskan Jerman Barat.

Hurst percaya skuad kendalian Gareth Southgate boleh menyamai pencapaian terbaik mereka di Russia dan Kane mengakui sokongan daripada barisan legenda England ini sebagai insentif tambahan untuk berjaya.

“Untuk bertemu dengan mana-mana wira ‘66’ adalah menakjubka­n. Ia memberi begitu banyak inspirasi. Jelas sudah begitu lama sejak England meraih keputusan yang baik di kejohanan utama,” kata Kane selepas kemenangan 2-0 ke atas Sweden di peringkat suku akhir.

“Saya teruja untuk memberikan bekas pemain ini kebanggaan dan saya yakin ia mengembali­kan memori kepada mereka. Kami berkata kami mahu menulis sejarah kami sendiri dan berharap kami boleh mengharung­i satu lagi langkah dan ke final.”

England mara ke peringkat empat terbaik Piala Dunia buat pertama kali sejak 1990 apabila mereka tewas kepada Jerman menerusi penentuan penalti selepas

 Kane cari ilham bantu England lakar kegemilang­an di Russia

aksi sepenuh masa di Turin berakhir 1-1.

“Ramai di antara kami belum lagi lahir apabila ia berlaku,” kata Kane, 24. “Kami hanya perlu mencuba dan meneruskan­nya, kami kini hanya kurang selangkah untuk berada di perlawanan terbesar kami sebagai pemain profesiona­l.”

Demam Piala Dunia sedang melanda England ketika ini dengan hampir 20 juta rakyat Britain menyaksika­n perlawanan menentang Sweden secara langsung dan ia belum dikira peminat yang menyaksika­nnya di tempat awam atau restoran.

“Kami amat bangga untuk memberikan peminat kegembiraa­n kerana ia adalah apa yang kami mahukan dan sudah tetapkan,” kata Kane.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia