Harian Metro

Cakir penimbang tara aksi England

-

London: Pengadil untuk aksi separuh akhir Piala Dunia antara England dan Croatia sudah diumumkan dan ia dianggap menjadi petanda baik buat skuad Gareth Southgate.

Pengadil, Cuneyt Cakir tidak pernah menyaksika­n kekalahan England apabila mengendali­kan perlawanan membabitka­n pasukan berkenaan dan beliau akan kembali berada di padang bagi perlawanan terbesar skuad Three Lions sejak 1990.

Pengadil dari Turki itu secara meluas dianggap sebagai antara pengadil terbaik Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan kerap mendapat kelulusan untuk mengendali­kan perlawanan profil tinggi termasuk bagi kelab dan pasukan negara.

Ia akan menjadi perlawanan Piala Dunia ketiga buat Cakir selepas mengendali­kan aksi peringkat kumpulan antara Maghribi dan Iran serta perlawanan yang menyaksika­n Argentina meraih kemenangan dramatik ke atas Nigeria.

Cakir yang bekerja sebagai ejen insurans, sudah melayangka­n sembilan kad kuning dan tiada kad merah dalam kedua-dua perlawanan terbabit.

Kali terakhir Cakir mengendali­kan perlawanan membabitka­n England adalah ketika skuad itu meraih kemenangan 3-0 ke atas Scotland di Wembley ketika aksi kelayakan untuk kejohanan musim panas ini.

Beliau mengendali­kan tiga lagi perlawanan England termasuk ketika skuad Three Lions menang 2-0 ke atas Switzerlan­d (kelayakan Euro 2016), seri 1-1 dengan Ukraine (kelayakan Piala Dunia 2014) dan menang 2-0 ke atas Andorra (kelayakan Piala Dunia 2010). - Agensi

 ??  ?? AKSI Cakir dalam salah satu perlawanan Piala Dunia yang diadilinya.
AKSI Cakir dalam salah satu perlawanan Piala Dunia yang diadilinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia