Harian Metro

Kramaric yakin ‘kuasa’ Croatia

-

Moscow: Penyerang Croatia, Andrej Kramaric berkata, dia akan terus memperkata­kan mengenai kejayaan kempen Piala Dunia pasukannya untuk tahun-tahun akan datang.

Menurut Kramaric, tekanan dihadapi pasukannya hilang selepas Croatia melepasi kumpulan 16 pasukan terbaik dan kini mereka beraksi di separuh akhir bertemu England, kali pertama sejak 1998.

“Tekanan paling besar ialah apabila kami menentang Denmark di peringkat 16 pasukan terbaik tetapi sekarang kami menikmati apa yang berlaku. Ketika perlawanan bermula ada tekanan tetapi hakikatnya kami sudah berada di separuh akhir.

“Menjadi impian Croatia untuk mara ke final dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai hasrat itu,” katanya.

Kramaric yang bermain untuk kelab Bundesliga, Hoffenheim menghabisk­an setahun bersama kelab Inggeris, Leicester City yang muncul juara liga tetapi dia gagal mendapat tempat dalam kesebelasa­n utama.

“Beraksi di England memang seronok, kelab pertama saya di luar Croatia dan semuanya adalah baharu. Saya kurang beraksi kerana prestasi kelab ketika itu sangat bagus.

“Saya boleh bercakap mengenai pengalaman di England berhari lamanya tetapi untuk Piala Dunia saya boleh bercakap bertahun lamanya,” kata Kramaric.

“England antara pasukan pilihan kerana mereka memiliki ramai pemain muda yang dahagakan kejayaan walaupun belum bertaraf bintang antarabang­sa,” kata Kramaric. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia