Harian Metro

Suami isteri jual dokumen palsu

-

Sandakan: Kegiatan sepasang suami isteri menjual dokumen palsu terbongkar selepas dicekup dalam Op Serkap oleh Pejabat Imigresen Sandakan, kelmarin.

Pasangan berkenaan dipercayai melakukan kegiatan itu sejak setahun lalu dan berselindu­ng di sebalik perniagaan runcit di Batu 2 1/2 Jalan Utara, di sini.

Mereka menjual dokumen palsu itu dengan harga RM50 hingga RM230 membabitka­n dokumen seperti pasport, buku rekod kesihatan, surat perakuan nikah dan pelbagai dokumen lain.

Dalam serbuan kirakira jam 12.30 tengah hari itu, suspek, 31, seorang warga tempatan berada di kaunter bayaran premis mereka, manakala isterinya, 28, warga Indonesia di bilik dilengkapi komputer, pengimbas dan pencetak.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Musa Sulaiman berkata, serbuan dibuat ke atas premis itu selepas menerima maklumat daripada bahagian risikan.

“Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Pejabat Penguat kuasa Imigresen untuk siasatan lanjut menerusi Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2) dan PeraturanP­eraturan Imigresen 1959/63 kerana kesalahan mengubah atau membuat dokumen palsu.

“Selain pelbagai jenis dokumen palsu, turut dirampas komputer, pengimbas dan pencetak yang disyaki digunakan untuk mencetak dokumen palsu,” katanya.

Musa berkata, suspek lelaki sudah dilepaskan dengan jaminan polis, manakala suspek kedua masih ditahan reman mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ?? ANTARA barangan dan dokumen palsu dirampas daripada sepasang suami isteri
menerusi Op Serkap di Sandakan.
ANTARA barangan dan dokumen palsu dirampas daripada sepasang suami isteri menerusi Op Serkap di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia