Harian Metro

Projek ‘gajah putih’

- Kandau Sidi kandau@nstp.com.my

 Pelancaran RMM dulu penuh meriah

penuh semak-samun

Majlis pelancaran­nya kira-kira tiga tahun lalu cukup meriah dan glamor, namun Rumah Mampu Milik (RMM) yang dilancarka­n di kawasan lapang di Permy 3, Kuala Baram kini dipenuhi semak-samun.

Hanya mercu tanda tertera perkataan ‘Permy 3’ masih gah dikeliling­i semak-samun yang begitu tebal di kawasan itu ketika ini.

Ketika majlis pelancaran­nya, penduduk Miri berasak-asak berebut ingin mendapatka­n borang untuk membeli lot kediaman yang ditawarkan di situ.

Malah, polis dan anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) terpaksa dikerah mengawal situasi untuk mengelak berlaku sebarang kekecohan di ruang kawasan kaunter permohonan.

Penduduk, Telajan Galawai, 59 berkata, dia sempat berebut untuk mendapatka­n borang bagi membeli rumah berkenaan ketika majlis pelancaran­nya.

“Saya masih ingat, begitu ramai penduduk Miri datang seawal jam 6 pagi beratur panjang untuk mengambil borang permohonan membeli kediaman itu.

“Pelancaran­nya amat meriah dan penuh glamor tetapi sekarang projek itu tidak ubah umpama projek ‘gajah putih’,” katanya kepada NSTP, di sini.

Katanya, sehingga kini belum ada sebarang tanda projek itu akan bermula, walaupun sudah terdapat deretan bangunan kedai didirikan di kawasan berdekatan.

Katanya, walaupun kawasan itu sudah ditimbus dengan pasir, tiada sebarang cerucuk ditanam atau dipasang di lokasi berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Chin Ah Guan, 55, berkata penduduk Miri kecewa dengan kelewatan pelaksanaa­n projek itu, kerana ia begitu diperlukan terutama bagi golongan berpendapa­tan rendah.

“Sekarang ramai yang masih tertunggu bila projek berkenaan akan dimulakan dan disiapkan,” katanya.

Sejumlah 241 unit RMM berharga RM50,400 hingga RM59,240 dicadang untuk dibina di Permy 3.

Projek itu sepatutnya dipertangg­ungjawabka­n kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dijadualka­n siap dalam tempoh 24 bulan. Seorang lelaki dipenjara 16 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba mencuri sebiji tayar kereta dari kedai tayar di Inanam pada 4 Julai lalu.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Fazly Basli, 31, yang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Berdasarka­n fakta kes, pada jam 7.50 malam hari kejadian, seorang lelaki ternampak tertuduh menolak sebiji tayar bersama rim ke arah tong sampah di belakang kedai sebelum memaklumka­nnya kepada pekerja kedai terbabit.

Pekerja berkenaan yang juga pengadu kemudian memaklumka­n perkara itu kepada pekerja lain sebelum mengejar dan menangkap tertuduh.

Tertuduh kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke mahkamah untuk didakwa semalam.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, lapan warga asing, termasuk dua wanita berusia antara 18 hingga 50 tahun dihukum penjara antara empat hingga lima bulan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan.

 ??  ?? KAWASAN projek RMM Permy 3 terbengkal­ai hingga kini.
KAWASAN projek RMM Permy 3 terbengkal­ai hingga kini.
 ??  ?? ANGGOTA polis membawa Fazly selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
ANGGOTA polis membawa Fazly selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia