Harian Metro

MESEJ pilih Kampung Sayap

-

Belud: Pemilihan Kampung Sayap sebagai perintis program Mini Estet Sejahtera Kampung (MESEJ) Pelanconga­n mampu mempromosi­kan lagi khazanah pelanconga­n di kawasan itu kepada pelancong.

Presiden Persatuan Pelanconga­n Kadamaian (KATA) Walter Kandayon berkata, kampung yang terletak kira-kira 29 kilometer (km) dari Kota Belud itu mempunyai banyak kawasan pelanconga­n berasaskan alam semula jadi.

Beliau berkata, ia termasuk beberapa air terjun dan sungai, selain gua yang boleh diterokai serta tarikan bunga raflesia dan orkid di situ.

Justeru katanya, apabila Kampung Sayap dipilih kawasan pertama bagi pelaksanaa­n MESEJ Pelanconga­n, ia khabar gembira kepada penduduk yang sudah bergiat aktif dalam industri itu sejak beberapa tahun lalu.

“Ia sejajar dengan sikap penduduk yang aktif dalam mencari peluang baru, sekali gus dengan pelaksanaa­n MESEJ Pelanconga­n ini akan membawa lebih banyak lagi peluang baru dalam aspek itu untuk diperkenal­kan.

“Ketika ini ada 29 pengusaha pelanconga­n di Kampung Sayap membabitka­n penduduk tempatan yang aktif dalam pelanconga­n sejak lebih tiga tahun lalu.

“Kepelbagai­an kawasan pelanconga­n yang ditawarkan itu menjadikan kampung ini sebagai ‘syurga’ pelanconga­n khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian,” katanya kepada NSTP.

Baru-baru ini, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar negeri Ewon Benedick dilaporkan berkata, kementeria­nnya akan memperkena­lkan program MESEJ Pelanconga­n bagi meningkatk­an pendapatan penduduk luar bandar dengan kawasan pertama dipilih adalah Kampung Sayap di DUN Kadamaian.

Kampung itu mempunyai lebih 2,500 penduduk dengan majoritiny­a terbabit dalam industri pelanconga­n, selain pertanian.

Mengulas lanjut, Walter berkata, bagi meningkatk­an lagi sektor pelanconga­n, beberapa penduduk akan melaksanak­an program inap desa dalam masa terdekat.

“Selain pelancong dalam negara seperti dari Semenanjun­g, ada juga pelancong dari luar negara yang berkunjung ke sini, antaranya Jepun, Australia dan China.

“Sektor pelanconga­n kini menjadi sumber ekonomi kedua penduduk kampung ini selepas pertanian,” katanya sambil menambah penduduk di situ kebanyakan­nya dari suku kaum Dusun Tindal.

 ??  ?? SUASANA damai menjadi tarikan pelancong berkunjung ke Kampung Sayap yang terletak kira-kira 29km dari Pekan Kota Belud.
SUASANA damai menjadi tarikan pelancong berkunjung ke Kampung Sayap yang terletak kira-kira 29km dari Pekan Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia