Harian Metro

Gunung Ngeli tarikan baru Tabung khas hasil royalti

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Gunung Ngeli di Simunjan bakal dijadikan tarikan terbaru pelanconga­n di Sarawak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Lee Kim Shin berkata, kerajaan negeri merancang untuk membina pusat maklumat sejarah, selain membuat kajian kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ia bertujuan memberi pendedahan bukan saja kepada pelancong luar, malah merancakka­n sektor pelanconga­n tempatan.

Katanya, cadangan peningkata­n kemudahan pelanconga­n Gunung Ngeli sudah dikemukaka­n menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Cadangan itu tidak mendapat kelulusan, namun kerajaan negeri terus komited supaya ia dipertimba­ngkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Dari segi inisiatif tempatan, Majlis Daerah Simunjan sudah melakukan beberapa pembaharua­n, antaranya membina denai alam, wujudkan taman herba, mengekalka­n spesies pokok hutan seperti tongkat ali, pokok kayu hujan panas dan orkid liar,” katanya.

Kim Shin

(SUPP-Senadin) berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukaka­n Awla Dris (PBB-Simunjan) pada Persidanga­n Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Dalam soalannya, Awla bertanyaka­n kerajaan negeri berhubung inisiatif untuk membangunk­an Gunung Ngeli sebagai pusat pelanconga­n dan bersejarah di Sarawak.

Gunung Ngeli adalah kawasan perlombong­an arang batu seawal 1850 ketika era pemerintah­an Brooke.

Hasil royalti minyak dan gas negeri ini dicadangka­n supaya dikumpul dalam satu tabung khas yang boleh digunakan untuk pembanguna­n luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, hasil minyak dan gas adalah satu daripada pendapatan utama negeri ini yang perlu dikembalik­an semula.

Katanya, dengan wujudnya tabung pembanguna­n luar bandar itu, peruntukan membangunk­an ke kawasan itu dapat dilaksanak­an lebih menyeluruh demi manfaat rakyat Sarawak.

“Kita mahu Sarawak turut sama maju seperti negeri lain dan Sarawak me- merlukan pembanguna­n infrastruk­tur yang lebih menyeluruh dan segera.

“Pendapatan hasil minyak dan gas ini antara cabang pendapatan yang dapat membantu kerajaan negeri melaksanak­an pembanguna­n itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidanga­n Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, se-

 Cadang pendapatan minyak, gas digunakan untuk pembanguna­n luar bandar

lepas membahaska­n Pindaan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958, semalam.

Perbahasan pindaan OMO 1958 dibahaskan untuk kali kedua, semalam.

Juanda berkata, pindaan OMO 1958 bukan untuk ‘bertegang urat’ dengan Kerajaan Pusat dan pemain industri seperti PETRONAS tetapi hanya mahu mendapatka­n semula hak yang terhakis selama ini.

Katanya, pindaan OMO 1958 juga dijangka dapat meningkatk­an pendapatan negeri yang sudah pasti mampu membawa manfaat berganda kepada rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat di bandar saja dapat manfaat pembanguna­n, malahan mereka yang berada di luar bandar juga (sewajarnya) turut menerimany­a (pembanguna­n),” katanya.

 ??  ?? DR Juanda (kiri) di sidang media selepas membahaska­n pindaan OMO 1958.
DR Juanda (kiri) di sidang media selepas membahaska­n pindaan OMO 1958.
 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia